Bola sepak moden ada masalah moden. Oleh itu ianya memerlukan mereka yang arif dalam peranan moden untuk menyelesaikannya.
Hari ini, isu kontrak pemain pun dah banyak sekali klausa yang rumit.
Pengarah sukan adalah salah satu peranan baru yang menjadi semakin penting dengan dalam bola sepak kita pada hari imi.
Bagi banyak kelab besar, kini ia menjadi keperluan untuk mengambil pengarah sukan terkenal di kelab tersebut.
Jadi apa yang dilakukan oleh pengarah sukan? Selalunya, peranan baru ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan peminat mengenai tugas sebenar pengarah sukan.
Pada hakikatnya, tugas ini merangkumi pelbagai aspek seperti pengantara antara organisasi dan pemain serta pengurus. Mereka juga pengantara di antara aspek perniagaan dan sukan.
Perpindahan pemain dan kontrak juga merupakan salah satu bidang kuasa penting pengarah sukan. Mereka mempunyai kuasa penuh cuma tak ada veto. Kerana veto itu dimiliki pemilik.
Tetapi biasanya pemilik kelab sudah percayakan mereka dan sebab itu mereka dilantik di sana.
Berikut 6 Pengarah Suka paling padu di Eropah ketika ini.
6. Luis Campos
Luis Campos ketika ini berada di Lille. Beliau adalah legenda di Perancis dengan berjaya membawa masuk dan menjual pemain seperti Kylian Mbappe ketika di Monaco dan Nicolas Pepe ketika di Lille.
Beliau memiliki rekod luar biasa sebagai Pengarah Sukan dengan menjuarai 1 Ligue 1. Dengan bantuan beliau juga, pasukan seperti Lille berjaya mendapatkan pemain yang bagus.
Pada hari ini banyak kelab besar mahukan beliau. Kerana kepakarannya dalam negosiasi dan juga menjejak bakat.
5. Ralf Ragnick
Seorang yang serba boleh dalam pengurusan moden. Sama ada sebagai pengurus, ketua scouting, pengarah teknikal dan juga pengarah sukan.
Beliau juga antara nama legenda di dalam bidang ini. Hampir menyertai AC Milan sebagai pengurus musim ini. Namun tak dapat mencapai kesepakatan.
Beliau adalah pengarah sukan yang sangat teliti dan mengesan bakat seperti Joel Matip dan Roberto Firmino.
Dilantik sebagai ketua francais RB, dan beliau membantu Leipzig mendapatkan pemain elit pada hari ini, termasuk Timo Werner dan Naby Keita.
Beliau seringkali dianggap Pengarah Sukan terbaik pada generasinya.
4. Michael Edwards
Ini adalah nama baru yang menjadi super power dalam dunia pengarah sukan.
Ketika Liverpool mengubah polisi mereka daripada transfer committee kepada Pengarah Sukan, Liverpool melantik pegawai bidang komputer yang sudah ada di kelab mereka ke jawatan Pengarah Sukan.
Dengan bantuan beliau Liverpool menambah 1 UCL dan kemudian menamatkan penantian EPL.
Michael Edwards pakar dalam rundingan kerana kepintarannya dalam ekonomi bola sepak. Beliau juga bekas penganalisis data pemain yang membantunya dalam bidang scouting.
Siapa akan lupa cara beliau menjual Philippe Coutinho ke Barcelona.
Beliau membantu Klopp mendapat pemain seperti Mohamed Salah, Sadio Mane pada harga di bawah nilai berdasarkan kualiti mereka.
Dan membawa Van Dijk dan Alisson pada rekod perpindahan namun berimpak tinggi. Banyak lagi nama lain yang beliau bawa, termasuk Fabinho yang menjadi nadi penting Liverpool di tengah.
3. Monchi
Beliau dianggap Marcelo Bielsa di dunia Pengarah Sukan dan Scouting.
Monchi membantu Sevilla dalam kejayaan mereka meraih UEL dan kemudian menjana wang yang sangat banyak menerusi penjualan pemain.
Beliau dikenali dengan prinsip, beli murah dan jual mahal gila gila.
Agak ironi kerana ketika itu Sevilla berdepan dengan risiko Muflis, dan perlantikan Monchi membantu mereka keluar daripada masalah kewangan.
Monchi adalah individu yang pakar dalam scouting dan pada masa yang sama dalam sains sukan.
Beliau memiliki rangkaian / connection yang sangat luas di seluruh dunia.
Antara pemain yang beliau bawa masuk di Sevilla seperti Andres Palop, Dani Alves, Federico Fazio, Martin Caceres, Adriano, Ivan Rakitic, Julio Baptista, Seydou Keita, Christian Poulsen, Luís Fabiano and Carlos Bacca.
Kesemua pemain-pemain tersebut telah ditandatangani dengan modal kurang €25 juta. Selepas dijual, kesemua pemain telah menjana hasil jualan sekitar €170 juta – atau hampir 7 kali ganda pulangan daripada modal yang dilaburkan.
Selain itu, nama-nama pemain akademi seperti Sergio Ramos, Jesus Navas, Alberto Moreno, Luis Alberto dan Jose Antonio Reyes memberikan Sevilla keuntungan sekitar €100 juta.
2. Txiki Begiristain
Txiki Begiristain bekerja di Man City dengan segalanya serba lengkap pada hari ini. Ada pengurus yang terbaik, Pep Guardiola dan kelab yang kaya raya.
Begiristain, bekas pemain Barca membantu City lebih dari sekadar membeli pemain. Beliau membantu City mencari pemain sesuai dengan DNA baharu yang mahu dibentuk bersama Pep Guardiola.
Beliau berjaya membawa masuk pemain buangan Chelsea, Kevin De Bruyne dan kemudian pemain muda berbakat, Raheem Sterling dari Liverpool.
Selepas itu mendapatkan ramai lagi pemain untuk City menempa kejayaan demi kejayaan.
Cuma satus sahaja yang City masih tak dapat adalah UCL.
1. Michael Zorc
Michael Zorc telah menjadi inspirasi dan motivasi ramai pihak. Apa yang beliau buat di Borussia Dortmund merupakan salah satu sebab kenapa semakin banyak kelab mulai meraskan kepentingan Sporting Director.
Beliau merupakan pemain legenda kelab, bersara di usia 36 tahun dan kemudian menjadi Pengarah Sukan ketika BvB berdepan krisis kewangan.
Namun dengan kepakarannya mencari pemain berharga murah dan menekankan aspek kejurulatihan, telah membuatkan Dortmund sekaya hari ini.
Bagi Zorc, mereka tidak ada duit untuk terus membeli bintang. Jadi mereka mendapatkan pemain prospek dan membangunkan mereka secepat mungkin menjadi elit.
Beliau melantik Jurgen Klopp dan membantu kelab menjuarai 3 kejuaraan Bundesliga, 2 Piala Jerman dan mara ke final UCL pada 2013.
Zorc menjadi Pengarah Sukan pertama menjual pemain Bundesliga dengan nilai €100 juta iaitu Ousmane Dembele.
Beliau juga kini mengawal tanda harga Jadon Sancho yang diletakkan €120 juta.