Selepas 1 hari dilancarkan secara rasmi, produk terkini kelab bola sepak Kerteh FC iaitu beras Premium Super Import Cap Buah-Buahan telah berjaya dijual sebanyak 500kg!
Impak dari produk terkini kelab itu sememangnya besar terhadap jenama Kerteh FC, namun apa yang lebih memberikan magnitud besar sebenarnya adalah sambutan dari komuniti serta penduduk setempat.
‘Beras Kerteh FC‘ boleh didapati dibeberapa kedai dalam kawasan Kerteh, tetapi dari maklumat yang diterima ramai individu yang melakukan tempahan terus dalam kuantiti besar kepada kelab.
“Saya beli 30 kampit beras ya. Sumbangan saya kepada kelab untuk program komuniti.”
“Bereh Mir, 50 kampit. Terima kasih banyok!”
Ini adalah diantara mesej-mesej yang dikongsikan kepada kami mengenai sambutan hangat yang diterima selepas pelancaran produk beras Premium Super Import Cap Buah-Buahan pada 16 November lalu.
Jika diperhatikan, individu-individu ini adalah penduduk setempat yang membeli produk kelab seterusnya mahu produk tersebut diberikan kepada orang yang memerlukan dalam komuniti penduduk di Kerteh.
Beras Kerteh FC ini dijual pada harga RM15.50 setiap kampit seberat 5kg. Peminat dan penduduk Kerteh boleh merasai keenakkan Beras Super Premium Cap Buah Buahan di kedai-kedai runcit terpilih sekitar Kerteh, Kemasik dan akan berkembang lebih luas lagi selepas ini di daerah Kemaman dan Dungun.
Ini adalah peranan sebuah kelab bola sepak yang diharapkan dalam sesebuah kawasan atau komuniti, dimana mereka akan menghubungkan beberapa pihak melalui rantaian seperti ini dan seterusnya membina apa yang dikatakan sebagai self-belonging dan akan wujudnya sustainability, branding kepada kelab dan juga IKS tempatan.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.