Kami tertarik untuk menyenaraikan 5 gol tercantik minggu 1 dalam Liga Super Malaysia 2023.

Liga Super Malaysia sudah pun membuka tirainya dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Terengganu.

21 gol terhasil daripada 7 perlawanan pada minggu pertama.

Di mana ada 2 pasukan berjaya mencetak 4 gol iaitu Sabah dan Kedah.

Berikut 5 jaringan tercantik Liga Super minggu 1 pilihan editorial Vocket FC.

5. Sudi Abdallah (Kuching City)

Pendatang baharu Liga Super, Kuching City bertemu dengan Kelantan pada aksi pembukaan di Kota Bharu.

Ianya adalah gol berpasukan ataupun team goal yang kemas.

Gol itu membantu Kuching City membuat kejutan dengan kemenangan 1-2. Salah satu jaringan daripada perlawanan tersebut menarik perhatian kami.

Ianya gandingan one touch football yang kemas dan disudahkan dengan baik.

4. Paulo Josue (KL City)

Paulo Josue mengukuhkan namanya sebagai salah seorang pemain penting KL City sekali lagi.

Jika tadi kami menyenaraikan gol team goal, kali ini ianya sepenuhnya kehebatan individu.

Dalam aksi pertama musim ini, Paulo Josue sudah mencetak gol dengan sepakan percuma dengan gaya in-swinger yang deras dan tidak mahu diselamatkan penjaga gol Pulau Pinang.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

3. Arif Farham (Kedah)

Dalam aksi menentang Perak, Arif Farhan melakukan satu jaringan cantik hasil daripada drive shot dari luar kotak penalti.

Gol yang meletakkan Kedah dalam pengesahan 3 mata dengan kedudukan 3-1 pada ketika gol itu dihasilkan. Sebelum Balotelli mencetak gol keempat yang menjadikan kemenangan 4-1 buat Kedah.

2. Saddil Ramdani (Sabah)

Pemain yang mengesahkan bahawa dia mahu terus kekal di Sabah. Memulakan kempen sebagai penjaring gol sulung Sabah musim ini menentang PDRM.

Gol pertama itu sebenarnya terhasil daripada situasi yang diimprovisasi oleh Saddil dengan skil step over yang lancar.

Daripada situasi separa peluang atau half chance, ianya bertukar menjadi gol kerana konsentrasi dan keyakinan.

1. Saddil Ramdani (Sabah)

Minggu ini minggu Saddil dalam senarai kami. Gol ketiga daripada 4 gol Sabah adalah hasil daripada serangan balas yang sangat pantas.

Dan ianya gol berpasukan yang disudahkan dengan kemas oleh Saddil Ramdani.

Saksikan rangkuman kelima lima gol tercantik Liga Super minggu 1 pilihan kami di sini:

Anda ada pilihan lain?