Argentina berjaya meneruskan perjuangan ke pusingan 16 terbaik kejohanan Piala Dunia Russia 2018, apabila menewaskan pasukan Nigeria 2-1 hasil gol dari Lionel Messi pada minit ke 14 dan Marcos Rojo pada minit ke 86, manakala gol bagi Nigeria pula dijaringkan oleh Victor Moses pada minit ke 51 melalui sepakan penalti.
Dari perlawanan itu, kami kumpulkan 5 perkara yang menarik mengenai 2 penjaring gol untuk Argentina dan juga mengenai skuad La Albiceleste untuk anda.
Lionel Messi Ambil 662 Minit Untuk Jaringkan Gol Di Piala Dunia
Berdasarkan data dari Opta, Lionel Messia mengambil masa 662 minit untuk menjaringkan gol dalam 2 edisi Piala Dunia – 2014 dan 2018.
Gol terakhir Messi di Piala Dunia sebelum ini adalah pada edisi 2014 dan ianya juga terhasil ketika bertemu Nigeria!
662 – Lionel Messi has scored his first World Cup goal in 662 minutes of football, his last previous World Cup goal came against Nigeria as well, in 2014. Relief. pic.twitter.com/471WFjg3Uo
— OptaJohan (@OptaJohan) June 26, 2018
2 Dari 3 Gol Antarabangsa Marcos Rojo Adalah Ketika Bertemu Nigeria
Mengikut data, 2 dari 3 gol yang telah dibuat penjaring gol kemenangan Argentina ketika menewaskan Nigeria 2-1, Marcos Rojo, adalah ketika bertemu Nigeria dalam Piala Dunia edisi 2014.
2 – Two of Marcos Rojo's three international goals for Argentina have been scored against Nigeria (also World Cup 2014). Favourites.#NGAARG #ARG #WorldCup pic.twitter.com/cYqgfKNmH6
— OptaJoe (@OptaJoe) June 26, 2018
Gol Ke 100 Lionel Messi Tiba Di Pentas Piala Dunia
Penyerang skuad La Albiceleste ini akhirnya berjaya menjaringkan gol antarabangsa ke 100 sepanjang kariernya dipentas Piala Dunia Russia 2018.
Gol ini juga membolehkan beliau merekodkan keseluruhan 6 gol dalam kancah Piala Dunia yang pernah disertainya, berkongsi catatan dengan lagenda Argentina Mario Kempes.
100 – Lionel Messi has scored the 100th goal at the 2018 World Cup. Permanent.#NGAARG #ARG #WorldCup pic.twitter.com/TjaQJSWkmO
— OptaJoe (@OptaJoe) June 26, 2018
Penjaga Gol Paling Banyak Digunakan Sepanjang Piala Dunia
Franco Armani, merupakan penjaga gol ke 17 yang pernah disenaraikan dalam kesebelasan utama Argentina sepanjang penglibatan mereka di Piala Dunia.
Menurut Opta, tiada negara lain yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia mempunyai rekod seramai ini.
17 – Franco Armani will become the 17th different goalkeeper to start for Argentina 🇦🇷 at the World Cup – no country have had more. Trend. pic.twitter.com/Xu06WleaN6
— OptaJean (@OptaJean) June 26, 2018
Kesebelasan Utama Argentina Paling Tua Dalam Sejarah Piala Dunia
Apabila senarai kesebelasan utama Argentina diumumkan, Jorge Sampaoli sebenarnya telah menamakan kesebelasan utama Argentina yang paling tua sepanjang sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia.
Purata umur kesebelasan utama Argentina yang diturunkan ketika bertemu Nigeria adalah berusia 30 tahun 189 hari.
30y 189d – The average age of Argentina’s starting XI against Nigeria is 30 years and 189 days; their oldest for a World Cup game in competition history. Ripe.#ARGNGR #ARG #WorldCup pic.twitter.com/TJ6d5qDRIj
— OptaJoe (@OptaJoe) June 26, 2018
Dalam saingan kalah mati 16 pasukan terbaik, Argentina akan berdepan Perancis dan kita berpeluang untuk menyaksikan pertembungan Lionel Messia x Cristiano Ronaldo dipusingan suku akhir sekiranya kedua-dua pasukan layak, dengan POrtugal perlu menghadapi Uruguay.