23 pemain termasuk bekas pemain Juventus kini berdepan dengan hukuman penggantungan berkaitan dengan salah laku penipuan perpindahan.
Antara nama yang termasuk dalam senarai siasatan ialah Cristiano Ronaldo.
Minggu lalu, Juventus dikenakan pemotongan 15 mata kerana kesalahan dalam perpindahan pemain. Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Tribunal Sukan Itali.
Pemotongan mata itu membuatkan Juventus jatuh dari tangga ke-3 ke kedudukan pertengahan liga.
11 pengarah dan bekas pengarah Juventus turut dikenakan penggantungan, termasuk Andrea Agnelli dan Fabio Paratici.
Juventus sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan merayu keputusan tersebut.
Juventus yakin bahawa mereka berada di pihak yang benar dan menganggap keputusan mahkamah sebagai penindasan keadilan ke atas mereka dan peminat Juventus di seluruh dunia.
Terbaru, Paolo Ziliani menjelaskan bahawa ada sekumpulan besar pemain dan bekas pemain Juventus berdepan penggantungan 30 hari daripada aktiviti bola sepak kerana siasatan yang sedang dijalankan.
Ziliani turut menunjukkan laporan penyata berkaitan perpindahan pemain Juventus pada 2019 dan 2020.
Ianya menunjukkan bahawa, bermula daripada musim pandemik, Juventus menyatakan bahawa ada 23 pemain mereka setuju dengan pemotongan gaji selama 4 bulan untuk membantu kelab ketika berdepan krisis kewangan.
Namun pendakwaraya mendapati bahawa pemain pemain tersebut cuma setuju pengurangan gaji selama sebulan sahaja.
Ini bermakna Juventus membuat laporan kewangan palsu untuk mengaburi pihak berkuasa agar mereka tidak dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan pengurusan kewangan dan FFP.
Pendakwaraya Turin juga dilaporkan telah mendapati bahawa ada bayaran rahsia kepada Cristiano Ronaldo yang tidak dilaporkan Juventus dalam laporan kewangan mereka.
Siasatan tentang perkara ini masih berjalan dan sebutan kes akan dibuat pada Mac akan datang.
Tutti squalificati. Per almeno un mese. In questo campionato. Forse già a breve. E sì, lo so, non è una notizia di poco conto. I media italiani tremano al pensiero di darla, ma forse è il caso di non fare gli schizzinosi: almeno si evitano svenimenti come per il -15 (1. segue) pic.twitter.com/435Kn6HUS5
— Paolo Ziliani (@ZZiliani) January 24, 2023
Dalam tempoh tersebut, kesemua 23 pemain dan bekas pemain Juventus yang terlibat termasuk Cristiano Ronaldo kini berdepan risiko penggantungan ataupun dilarang beraksi kerana masih dalam siasatan berkaitan dengan salah laku urus tabir kewangan kelab.
Ronaldo yang baru melakukan debut dengan Al Nassr beberapa hari lalu selepas menjalani 2 penggantungan sebelum ini pastinya tidak mahu keadaan itu berlaku.