Berita mengenai penjaga gol kacukan Vietnam, Filip Nguyen yang kini sedang menguruskan proses dokumentasi untuk menyertai skuad kebangsaan negara itu telah membuatkan penyokong mereka melonjak kegembiraan kerana mereka bakal memiliki seorang lagi penjaga gol yang hebat, selepas Dang Van Lam.

Namun, aksi kedua-dua penjaga gol itu berkemungkinan besar tidak dapat digunakan ketika mereka turun mempertahankan kejuaraan kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 nanti kerana Filip Nguyen dan Dang Van Lamdijangka tidak akan dilepaskan oleh kelab masing-masing.

Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 yang dijadualkan akan berlangsung pada hujung tahun 2020 nanti, jelas tidak berada dalam kalendar bola sepak antarabangsa FIFA dan kelab Slovan Liberac serta SCG Muangthong United mempunyai hak untuk tidak melepaskan pemain mereka kerana ketika itu saingan liga masih lagi berjalan.

Dengan risiko seperti ini, skuad Vietnam mungkin terpaksa mencari calon penjaga gol yang beraksi dalam saingan liga domestik sebagai langkah persiapan lebih awal menghadapi kejohanan itu.

48ef6d360476ed28b467

Jika Filip Nguyen berjaya menerima taraf kewarganegaraan Vietnam, dan dipilih menganggotai skuad Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia, perkara ini juga akan menyebabkan barisan jurulatih mereka pening kepala samada untuk meletakkan pemain Slovan Liberac itu atau pun penjaga gol SCG Muangthong United sebagai pilihan utama nanti.

“Saya memang mahu turun beraksi untuk Vietnam dalam kejohanan kelayakan Piala Dunia. Saya sedang cuba untuk mendapatkan kerakyatan Vietnam dan semoga satu hari nanti saya akan menyarung jersi skuad kebangsaan.”

“Ketika ini bapa saya sedang menguruskan semua dokumentasi dan prosedur berkaitan. Diharapkan saya akan memperolehi warganegara Vietnam secepat mungkin.”

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dan pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sebelum ini telah berbincang beberapa kali dan dalam kumpulan pemain kacukan Vietnam diluar negara, nama Filip Nguyen adalah calon yang memiliki keutamaan tinggi.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Kembar Kacukan Malaysia-Australia Kini Beraksi Dengan Skuad Remaja FC Den Bosch, Kelab Liga Divisyen 2 Belanda

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi

Demi Misi Beraksi Di EPL, Penjaga Gol Kacukan Vietnam Ini Guna ‘Kabel’ Agensi Sama Dengan Petr Cech