Orang yang bertanggungjawab membawa ramai pemain Thailand beraksi dalam saingan J.League sebelum ini, kini sudah mula ‘membuka’ mulut untuk sekali lagi cuba membawa bakat dari Vietnam ke Jepun.

Kei Koyama dalam satu maklum balas melalui satu sesi temu bual dengan sebuah stesen TV Vietnam telah ‘memetik’ nama 2 pemain yang sememangnya menjadi kegilaan peminat bola sepak di Vietnam iaitu Nguyen Quang Hai dan juga Do Hung Dung.

EZrD9RfWsAAVvIE

Kedua-dua pemain tersebut baru sahaja menggondol anugerah bola emas dan juga bola perak dalam majlis yang diadakan baru-baru ini dan ini isyarat jelas bahawa Jepun cuba untuk menarik 2 pemain terbaik itu ke Jepun dengan seberapa segera.

sdsdsd

“Mereka (Quang Hai dan Huy Dung) adalah pemain yang berpotensi besar untuk menyinar bila datang ke Jepun bermain bola sepak.”

“Kejayaan beberapa pemain Thailand akan memberikan motivasi kepada pemain dari Asia Tenggara lain untuk bermain dalam J.League”

Selain itu, Kei Koyama juga melihat bahawa di Thailand SCG Muangthong United dilihat sebagai platform terbaik bagi ‘mempersiapkan’ untuk beraksi di Jepun berdasarkan hampir semua pemain Thailand yang ‘perform‘ dalam liga negara itu merupakan bekas pemain kelab yang berpangkalan di Nonthaburi itu.

Mereka juga ada memerhatikan beberapa nama pemain yang memiliki potensi besar dari Malaysia, dan pernah diberitahu secara peribadi bahawa pemain dari Malaysia juga mula mendapat perhatian namun sehingga kini masih tiada perkembangan positif seperti Thailand dan Vietnam.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Lihat Keadaan Padang Stadium Mitr Phol Yang ‘Menggiurkan’ Ini, Siap Siaga ‘Menyambut’ Pembeli Barangan Rasmi Kelab

Kelab Mula Risau Penyerang Liga Vietnam Tumpul, Penyerang Import Sekadar ‘Untuk Tujuan Ilustrasi’ Sahaja

Vietnam Tidak Sempat ‘Naturalisasi’ Filip Nguyen, Berdepan Risiko Tinggi Dalam 3 Perlawanan Penting