2 pemain berusia dari skuad U19 Vietnam yang dibimbing oleh jurulatih dari Perancis, Philippe Troussier hari ini menyertai satu sesi ‘tryout’ di Jepun yang dianjurkan oleh Japan Professional Footballers Association (JPFA).

Sesi tersebut yang diadakan di Fukuda Denshi Arena telah mengumpulkan berpuluh pemain yang seluruh Jepun dan juga luar negara untuk cuba mendapatkan kontrak bersama kelab-kelab Jepun.

Huynh Cong Den dan Martin Lo, kedua-duanya beraksi untuk pasukan Pho Hien FC diberikan pelepasan khas untuk menghadiri sesi ‘tryout’ ini dan dijangka mereka tidak sempat menyertai kem latihan bersama skuad U23 Vietnam di Korea Selatan.

67841_ext_12_0

Beberapa hari yang lalu, kedua-dua pemain tersebut dilaporkan menjalani latihan bersama AC Nagano Parceiro, sebuah kelab J3 League bagi memastikan tahap kecergasan mereka berada ditahap terbaik.

Berdasarkan sesi yang telah diadakan sebelum ini, dijangkakan peluang untuk kedua-dua pemain dari Vietnam itu untuk memikat perhatian pencari bakat atau ejen yang hadir adalah rendah kerana ramai pemain-pemain Jepun yang hadir bukan calang-calang kualitinya.

Walaupun begitu, ia merupakan satu sesi yang sangat bermakna buat pemain Vietnam sebagai salah satu peluang untuk mengetahui dimana tahap kualiti mereka berada ketika ini dan bekerja lebih keras bagi menyaingi pemain-pemain Jepun untuk mendapat tempat di masa akan datang.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

SC Heerenveen Tidak Benarkan Doan Van Hau Beraksi Untuk Vietnam Dalam AFC U23 Championship 2020

Park Hang-seo Kekal ‘Unbeaten’ Di Asia Tenggara, Tamatkan Badi 60 Tahun Pingat Emas Sukan SEA Untuk Vietnam

Kelab Muangthong United Akui Terima Banyak Tawaran Untuk Bawa Teerasil Dangda Kembali Ke J.League