Seringkali menjadi pertanyataan siapakah pengurus yang paling banyak berbelanja dalam karier mereka?
Baca Juga:
- Klopp Tergelak Dengar Wartawan Tanya Pasal Liverpool Mahukan Kylian Mbappe
- RASMI: Bayern Munich Umum Thomas Tuchel Sebagai Pengganti Nagelsmann
- Ancelotti Menentang Idea De Gea Sebagai Pengganti Courtois Yang ACL
Dalam dunia bola sepak moden, wang menjadi perkara yang penting dalam menarik pemain menyertai sesebuah kelab.
Wang yang banyak boleh digunakan untuk mencipta kejayaan. Terdapat satu teori menyatakan bahawa Pep Guardiola adalah pengurus yang berjaya kerana dia sentiasa memiliki kuasa wang yang tinggi ketika berbelanja.
Hujah itu mungkin ada benarnya. Kerana Guardiola ternyata menjadi pengurus yang paling tinggi perbelanjaan dalam kariernya.
Berikut adalah senarai 10 pengurus dengan perbelanjaan tertinggi dalam karier mereka.
10. Jurgen Klopp (Jerman) – €1.3 billion
Dalam kariernya Klopp sudah melepasi angka perbelanjaan €1 billion. Dia pernah memecahkan rekod dunia untuk bek tengah ketika mendapatkan Virgil Van Dijk.
9. Mauricio Pochettino (Argentina) – €1.5 billion
Sepanjang kariernya, dia mengendalikan beberapa kelab yang besar termasuk Spurs, PSG dan kini Chelsea.
Dan kini dia berada di tangga kesembilan di dalam sejarah. Jumlah perbelanjaannya di Chelsea pada 1 jendela musim panas lalu juga sangat tinggi.
7. Antonio Conte (Itali) – €1.17 billion
Conte banyak membeli pemain yang berkualiti ketika di Juventus. Dia kemudian menyertai Chelsea dan kemudian menyertai Inter Milan. Di mana di 3 kelab itu dia memenangi kejuaraan liga.
Kali terakhir Conte menguruskan kelab adalah Spurs sebelum dia dipecat.
6. Thomas Tuchel (Jerman) – €1.19 billion
Tuchel sinonim dengan kelab seperti Borussia Dortmund, Chelsea dan juga PSG.
Kini dia bersama dengan Bayern yang turut memiliki kuasa beli sangat tinggi. Dia baru sahaja mencipta rekod pembelian kelab dengan membeli Harry Kane dengan nilai lebih €100 juta.
5. Manuel Pellegrini (Chile) – €1.12 billion
Dalam kariernya dia pernah mengendalikan pasukan seperti Real Madrid dan juga pernah mengendalikan Man City yang berbelanja besar. Kini bersama Real Betis.
4. Max Allegri (Itali) – €1.4 billion
Allegri kebanyakannya berbelanja di Juventus ketika mengukuhkan dominasi kelab itu selepas ditinggalkan Conte.
3. Carlo Ancelotti (Itali) – €1.69 billion
Ancelotti antara pengurus terbaik sepanjang zaman. Pernah mengendalikan kelab seperti AC Milan, Bayern Munich, Chelsea dan PSG. Dan kini dia bersama dengan Real Madrid.
Memiliki banyak kejayaan dalam kariernya termasuk beberapa siri kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.
Dia dikaitkan dengan jawatan pengurus pasukan kebangsaan Brazil selepas tamat musim ini.
2. Jose Mourinho (Portugal) – €1.86 billion
The Special One berada di tangga kedua. Dia pernah mengendalikan Real Madrid, Chelsea dan Man United – 3 kelab yang memberikannya sokongan dana sangat besar.
1. Pep Guardiola (Sepanyol) – €2.04 billion
Menjadi pengurus pertama melepasi angka €2 billion dalam perbelanjaan membeli pemain di dalam kariernya. Dia mencipta sejarah Sextuple bersama Barca dan treble bersama Man City.
Itu antara kejayaan Guardiola dalam kariernya yang gemilang.