Ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan Gon akui gembira bersama semua pemain sepanjang 10 hari dalam kem latihan pusat pertama dan menyifatkan mereka bermain di luar jangkaannya ketika aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura.
“Selama 10 hari lepas, saya gembira bersama semua pemain, tiada aduan mengenai mereka. Tetapi kami cuba untuk menyelesaikan semua program di sini, semestinya kami cuba untuk memperbaiki, lebih positif untuk pemain.
“Saya sangat menghargai dapat sesuatu, kami gunakan peluang ini untuk cuba menambah baik. Saya rasa kami sudah bertambah baik tetapi ini bukan destinasi kami, saya positif kami boleh pergi lebih jauh,”jelasnya seperti dipetik dalam Bernama.
Pada 23 Mac lepas, Malaysia berjaya menewaskan pasukan di ranking 129 dunia (Filipina), 2-0 sebelum tewas 1-2 kepada Singapura. Namun, Kim Pan Gon memohon maaf terhadap kekalahan tersebut dan menganggap ia ujian terbaik untuk skuad Harimau Malaya.
“Bagi saya, secara amnya, ia adalah permulaan yang baik, dari semasa ke semasa saya selesa di bangku simpanan. Saya sangat yakin dengan prestasi semua pemain. Mereka hebat. Malangnya, kami tidak dapat mengubah nasib walaupun banyak peluang.
“Saya fikir kadang kala situasi ini berlaku, kita boleh belajar sesuatu daripadanya. Bagi saya, ia adalah permainan ujian yang sangat bagus. Saya rasa saya lebih cenderung untuk lebih menyerang, kami cuba menjadikan identiti bola sepak malaysia yang lebih positif,” katanya.
Sebelum pulang ke tanah air, skuad Harimau Malaya dilaporkan menang 3-0 ke atas kelab Liga Premier Singapura dari Jepun, Albirex Niigata dalam satu perlawanan persahabatan tertutup semalam.
Difahamkan 3 gol tersebut dijaringkan oleh pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi, Mohamadou Sumareh dan pemain sayap Terengganu, Faisal Halim.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.
Dion Cools: Ini Persembahan Terburuk Saya Bersama Skuad Kebangsaan
Masalah Keluarga Punca Rizal Ghazali Tidak Dapat Sertai Skuad Kebangsaan