Sadio Mané merupakan nama yang sudah lama dikaitkan dengan Real Madrid. Namun selepas mereka mendapatkan Eden Hazard, Real Madrid dilihat sudah menamatkan minat ke atas pemain itu.
Namun sebenarnya tidak. Zinedine Zidane masih berharap akan berjaya mendapatkan pemain sayap Liverpool itu.
Real Madrid kini ada tiga nama yang terus dikaitkan dengan mereka iaitu Erling Braut Haaland, Kylian Mbappe dan juga Sadio Mane.
Nama Mbappe mulai menjadi bualan penyokong Real Madrid. Hal ini kerana pemain itu masih belum menandatangani sebarang kontrak baharu di Paris St Germain.
Tetapi kini Zidane menyatakan bahawa beliau lebih mengutamakan Sadio Mane berbanding dengan Mbappe.
Menurut laporan Le10Sport di Perancis, Zidane merasakan perpindahan Kylian Mbappe sukar untuk dimeterai. Dan PSG meminta harga yang tidak munasabah.
Lalu Zidane merasakan Sadio Mane boleh dibeli dengan harga lebih murah.
Dari segi taktikal, Zinedine Zidane percaya Sadio Mane akan membantu memperbaiki kualiti serangan pasukannya.
Namun pada pasaran semasa, Sadio Mane diletakkan pada nilai €150 juta.
Adakah Real Madrid sanggup membayar angka itu?
Real Madrid bergelut untuk membentuk serangan yang konsisten selepas Luka Jovic dan Eden Hazard gagal mempamerkan taring mereka.
Kedua dua pemain berdepan isu kecergasan dan juga masalah untuk mendapatkan rentak.
Eden Hazard dirasakan masih ada peluang untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya. Namun Real Madrid agak prejudis dengan Luka Jovic.
Jovic masih gagal menunjukkan ciri ciri seorang penyerang no.9 sensasi untuk pasukan sebesar Real Madrid.
Luka Jovic kini sekali lagi mengalami kecederaan ketika musim berehat.
Baca juga perkembangan bola sepak Eropah yang lain
Mariappa Terkejut Positif COVID-19: “Duduk Rumah Pun Boleh Kena?”
Separuh Daripada Kelab EPL Mahu Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle