Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham menegaskan bukan mudah untuk menjadi pemilik sesebuah pasukan yang beraksi dalam liga kasta tertinggi negara.
Baca Juga:
- FAM: Kelantan Gagal Daftar Pemain Asing Baharu Kerana Kelemahan Sendiri
- Piala Malaysia 2023: JDT Berpesta Gol Belasah Kelantan
- FIFA Tolak Pendaftaran Pemain Import Baharu Kelantan
Menerusi hantaran di laman media sosial Facebook miliknya baru-baru ini, Zamsaham mempelawa untuk mana-mana pihak cuba untuk berniaga memandangkan ramai yang menyangka ia satu perkara mudah.
Sama juga mengenai memiliki bola sepak, ramai yang menganggap mudah tetapi hakikatnya ia satu perjalanan yang panjang dan bukan mudah untuk dilalui.
Zamsaham kembali menjadi sorotan peminat bola sepa tanah air selepas komen yang dikeluarkan oleh beliau ekoran kekalahan besar TRW Kelantan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 10-0 pada aksi kedua perlawanan 16 pasukan terakhir baru-baru ini.
Norizam menyatakan beliau kecewa dengan sifat double standard oleh sesetengah pegawai FAM terhadap pasukannya menjadi salah satu faktor mengapa pasukannya gagal untuk mendaftarkan empat pemain import baharu yang dibawa masuk.
“Saya mohon maaf atas kekalahan 10-0 dengan JDT. Saya orang Johor tetapi saya adalah pemilik Kelantan, takda owner kelab mahukan kelabnya kalah seperti semalam. Kerana privatisation, saya berada dalam dunia bola.
“Saya dah usaha bawa team coaches baru. Coach Alferado, Gonzales, Arif semua dah didaftarkan. Tetapi pemain import baru tak dapat didaftarkan kerana masalah Teknikal TMS System yangg hanya FAM sahaja boleh bantu bermula pembukaan Transfer Ban pada 27 July 2023. Hanya 4 hari Kelantan FC ada masa mendaftar.
Masalah Teknikal TMS ini sangat mudah diselesaikan,tetapi hanya boleh akses selepas 4 Ogos 2023 iaitu selepas tutup pendaftaran pemain asing pada 1 Ogos 2023. InshaAllah, Jika Kelantan boleh daftar, tentu kita tak kalah seteruk ini.
“Sikap double standard sesetengah pegawai FAM akan TRW Kelantan sangat mengecewakan saya. Saya tahu Kelantan akan didenda, dikenakan tindakan akan komen saya ini, tapi saya dah 4 tahun dengan pasukan ini, saya tahu Kelantan memang tempat untuk FAM denda. Saya dah biasa,” katanya.