Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham menafikan laporan tunggakan gaji pemain sambil menegaskan beliau menahan gaji ekoran prestasi kurang memberangsangkan pasukan dalam saingan Liga Super musim ini.
Baca Juga:
- Farhan Abu Bakar: Tiada Satu Benda Baik Mengenai Pengurusan Kelantan
- ZamSaham: Nak Gaji Penuh? Sila Berikan Dua Kemenangan Dahulu
- Zamsaham Tanya Peminat Pemain JDT Yang Sesuai Bagi TRW Kelantan
Menerusi hantaran di laman media sosial Facebook miliknya, Zamsaham memberi penjelasan mengenai krisis yang sedang berlaku dalam pasukannya ketika ini.
“Salam semua fans TRW yangg dikasihi. Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh. Tak benar 2 bulan gaji tertunggak.
“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan. Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dgn kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih.
“Untuk perlawanan minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.
“Saya telah bayar semua gaji, takda tunggakkan dan saya janji baki gaji yangg ditahan 50% semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik. Saya nak menang sebenarnya. Itu saja,” kata Zamsaham.
Sebelum ini, salah seorang bekas pemain TRW Kelantan iaitu Farhan Abu Bakar menyifatkan pengurusan pasukan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
“Jadi bila saya hubungi bahagian kewangan pasukan, mereka boleh pula suruh saya mohon wang pendahuluan, sedangkan yang saya minta itu gaji saya.
“Itu baru cerita pasal diri saya, belum lagi pemain-pemain lain. Saya boleh cakap, tak ada satu pun benda baik yang saya boleh kongsi pasal pengurusan.
“Dia seolah tak ada berperikemanusiaan. Ada juga pasukan lain yang saya main sebelum ini berdepan masalah gaji tetapi mereka ada sikap perikemanusiaan,” katanya.