Pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham mendedahkan hanya dua pemain import musim ini yang dikekalkan bagi menghadapi kempen 2023.
Baca Juga:
- Zamsaham: Dengan Bajet Kecil, Syukur Pasukan Ini Tidak Jatuh
- Musim 2022 Belum Tamat, Zamsaham Senaraikan Penaja TRW Kelantan Bagi Tahun 2023
- Zamsaham: Setakat Ini Tiada Pemain Saya Yang Berguling Dan Lengahkan Permainan
Perkembangan terkini mengenai Kelantan itu disahkan oleh Norizam menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadi miliknya sebentar tadi.
Dua pemain dimaksudkan ialah Kervens Fils Belfort serta Natanael Siringoringo yang sebelum ini dipinjamkan kepada pasukan Liga 1 Indonesia, Dewa United akan dipanggil semula.
Ini bermakna khidmat tiga lagi pemain import, Felipe Hereda, Kenta Hara dan Nixon Guylherme tidak lagi diperlukan oleh kelab yang menamatkan saingan Liga Premier 2022 selaku naib juara itu.
Selain itu, Zamsaham turut mengakui pemain import baharu yang akan memperkuatkan Kelantan pada musim hadapan merupakan terdiri daripada pemain dengan kaps antarabangsa.