Norizam Tukiman ataupun Zamsaham telah mendedahkan perangai buruk bekas pengendali Kelantan, Choi Moon Sik.
Antaranya, menurut Zamsaham, jurulatih tersebut ada masalah komunikasi yang tidak sampai kepada pemain. Selain itu taktikalnya sukar untuk difahami para pemain.
Zamsaham luahkan pandangan penyokong
Akibatnya, Zamsaham menyatakan bahawa dia banyak mendengar luahan dan kritikan penyokong ke atas mutu permainan dan prestasi Kelanta.
Jadi dia bertindak sebagai orang tengah menyampaikan perkara itu kepada Choi Moon Sik, termasuk cadangan peminat yang mahu melihat beberapa pemain bermain dan dimasukkan.
“Kita ada baca permintaan para peminat. Supaya masukkan pemain pemain tertentu.”
“Penyokong berkata, mungkin [boleh cuba] masukkan Ghaffar [Rahman], mungkin Keon [Khairul Helmi], mungkin masukkan Shamil [Nurshamil], dan beberapa pemain yang masih tidak ada peluang.”
“Saya nampak, kalau penyokong dah bercakap [begitu], penyokong ini bukannya bodoh, mereka pandai. Penyokong Kelantan sangat sayang dan fanatik dengan bola sepak mereka.”
“Saya membaca dan mengambil input tersebut dan sampaikannya kepada head coach. Sebab head coach baru tak sampai 3 bulan bersama Kelantan FC, sedangkan saya sudah berada di Kelantan FC hampir 3 tahun.”
“Jadi saya faham mana pemain yang boleh bermain dan mana pemain yang tidak boleh bermain.”
“Saya mendengar pandangan daripada Rezal Zambery dan Sporting Director. Saya dengar semua.”
“Sebagai pemilik kelab saya sampaikannya, kalau dia keras kepala tak boleh mendengar 1% cadangan saya, ini kelab bola sepak [milik] siapa?”
“Adakah saya sebagai pemilik mesti dengar cadangan dia 100%. Sedangkan dia baru dua tiga bulan bersama Kelantan FC.”
“Tetapi apabila kita memberikan pandangan, dia telah memboikot.”
“Dia berkata, dia tidak mahu datang untuk perlawanan – dia [Moon Sik] boikot kita.”
Zamsaham mempersoalkan profesionalisme Choi Moon Sik sambil mempertahankan tindakannya.
“Saya bukan berikan 100% senarai daripada penjaga gol sampai ke penyerang itu dari [senarai] saya. Tetapi yang pasti, itu adalah pemain saya, dibayar oleh saya. Dan dia head coach pun dibayar oleh saya.”
Jadi Zamsaham menegaskan bahawa dia ada hak untuk campur tangan sebagai pemilik kelab.
“Adakah pemilik kelab tidak boleh campur tangan? This is our business!”
“Kalau gagal, kalau berjaya penyokong akan tuding kepada saya. Yang gagal adalah saya.”
Choi Moon Sik keras kepala
Zamsaham menambah, dia sentiasa memantau prestasi pasukannya, sejak daripada perlawanan persahabatan menentang Buriram di mana Kelantan kalah 7-0.
Dia menyatakan bahawa dia seorang yang tak suka campur tangan dalam hal operasi kelab yang sangat memenatkan. Apa yang penting baginya, dia mahukan kemenangan.
Sambil menyatakan kenapa dia perlu pening memikirkan perkara berkaitan operasi di dalam skuad selepas Zamsaham membayar Choi Moon Sik RM20,000 sebulan.
Zamsaham secara terbuka mendedahkan bahawa individu yang mengaku ejen kepada Choi Moon Sik sebagai ejen yang tidak bertauliah.
“Saya sendiri dia ni datang daripada mana, tiba tiba muncul selepas kes pemecatan ini. Nak sebut pecat pun kita berlapik. Kerana kita ada adab.”
Oleh sebab itu Kelantan menggunakan istilah direhatkan berbanding dipecat.
Kemudian ejen yang tidak bertauliah tersebut didakwa memburuk burukkan pengurusan tertinggi pasukan Kelantan. Menunjukkan gambar rumah yang sinkinya pecah, gambar makanan yang tidak berkualiti.
Zamsaham mendedahkan bahawa jurulatih itu seorang yang culas membuat laporan prestasi dan data statistik untuk dihantar kepadanya.
Dia sendiri hairan apabila pengendali asal Korea Selatan itu menyatakan bahawa laporan adalah tidak penting.
“Saya rasa mana mana orang yang berkerja di dunia ini, perlu menghantar laporan kepada pengurusan, untuk disimpan sebagai rekod [filing] untuk penilaian penilaian seterusnya,” tegas pemilik Kelantan FC itu.
Ditanya tentang sama ada Zamsaham sebelum ini dalam nada merajuk mahu melepaskan Kelantan FC, dia menafikan perkara itu.
Zamsaham malah menyatakan bahawa, dia berbuat begitu demi kebaikan bola sepak Kelantan yang dia sayangi. Dia mahu mencari individu yang betul tepat untuk menjadi pemilik baharu dan pintunya sentiasa terbuka untuk berunding.
Zamsaham Sedia Lepaskan Kelantan FC Kepada Pemilik Baharuhttps://t.co/oBEUU8xJG7 pic.twitter.com/xlVsoWv85X
— VOCKET FC (@vocketfc) April 10, 2023