Xavi Hernandez mengkritik keadaan rumput di Volksparkstadion sebagai antara punca Barcelona kalah di tangan Shakhtar Donetsk pada aksi keempat kumpulan H Liga Juara Juara Eropah.

Baca Juga:

Barcelona tewas 1-0 setelah gol tunggal perlawanan oleh  Danylo Sikan pada minit ke-40 menjadi pemisah kedua dua pasukan.

Robert Lewandowski kini terus buntu di hadapan gol dan gagal menjaringkan sebarang gol dalam enam perlawana berturut turut  buat pertama kali sejak 2011. Dia hanya melakukan 29 sentuhan dalam aksi ini. Paling teruk berbanding pemain lain di atas padang.

Xavi Hernandez mengakui kekalahan ini adalah langkah ke belakang dalam perkembangan Barcelona yang memenangi La Liga musim lalu.

Xavi turut menjadi pengurus yang menyamaai rekod kekalahan paling banyak di peringkat kumpulan untuk Barcelona.

Sambil menyeru para pemainnya agar segera bangkit semula sambil mengakui Barcelona kini berada pada fasa yang teruk.

Xavi menjelaskan: “Kami bermain salah satu aksi terburuk sejak saya tiba 2 tahun lalu di sini. Kami dalam situasi yang teruk. Ini adalah isu mentaliti dan kami sedang buntu pada masa ini.”

“Kami harus kembali berkumpul dan bangkit semula daripada keadaan ini.”

Bercakap tentang soal padang, Xavi tak puas hati dengan keadaan rumput yang menurutnya tidak sesuai untuk menganjurkan aksi bola sepak berprestij seperti Liga Juara Juara Eropah.

Ianya menyukarkan pasukan seperti Barcelona untuk melaksanakan taktikal mereka. Berdasarkan corak dan prinsip permainan Barca berasaskan bola hantaran rendah.

Xavi mengatakan: “Keadaan rumput padang di sini tidak bagus. Bukan keadaan terbaik untuk perlawanan bola sepak.”

Walaupun kalah, Barcelona masih di landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati. Mereka kini mengumpul 9 mata daripada 4 perlawanan, terikat dengan FC Porto.

Sementara Shakhtar kini berada di tangga ketiga dalam kumpulan H dengan enam mata. Satu lagi pasukan sekadar menjadi tempat mengumpul 3 mata oleh 3 pasukan ini iaitu Antwerp yang gagal mengutip sebarang mata setakat ini.