Pengurus Getafe tidak faham dengan kritikan rakan sejawatannya di Barcelona, Xavi Hernandez yang mengecam prestasi pengadil.
Baca Juga:
- Jules Kounde Beritahu Xavi Dia Tak Gembira Main Posisi Bek Kanan
- Xavi Kecewa Kad Merah Vinicius Ditarik Balik
- Laporta: Enggan Dibebani Tekanan Hebat Halang Messi Ke Barcelona
Ini selepas Barcelona seri menentang Getafe pada perlawanan pertama La Liga musim 2023/24 di Estadio Coliseum Alfonso Perez.
“Tidak hairan jika orang tidak mahu menonton bola sepak, ia hampir tiada permainan bola sepak pada hari ini. Jika ini produk liga yang kami jual, sungguh memalukan,” kata Xavi kepada ESPN.
Barca yang segera diperkuatkan oleh pemain baharu Ilkay Gundogan, diramal dapat menang mudah perlawanan ini. Namun ternyata mereka cuma mampu seri tanpa jaringan dan seorang pemain mereka menerima kad merah.
Sementara itu, Xavi yang kecewa dengan pengadil Cesar Soto Grado memutuskan untuk membuang padang pemain sayap Barca, Raphinha.
Pengadil mendapati Raphinha menyiku lawannya, Gaston Alvarez pada detik sebelum bola Frenkie de Jong sampai kepadanya.
“Perlawanan ini menjadi ganas kerana pengadil membenarkan mereka mengasari kami.”
“Untuk kami pula, pengadil telah meniup wisel untuk semua insiden dan melayangkan kad kuning. Sementara lawan boleh melakukan apa sahaja mereka suka.”
Xavi: "The match was violent because the referee allowed them to foul us. For us they call everything, but they allow them to do anything they want. We're selling La Liga as a product but this is what we have." pic.twitter.com/du0MBgjWxW
— Barça Universal (@BarcaUniversal) August 13, 2023
Barca menganggap pengadil melayan lawan mereka dengan double standard. Dalam kejadian beberapa minit sebelum itu, Soto tidak melayangkan kad kuning apabila pemain Getafe, Damian Suarez menyiku Gundogan di dada yang awalnya kelihatan meresahkan kem perubatan Barca.
Pemain tengah dari Jerman itu terbaring di atas padang kerana mengalami kesukaran bernafas.
Kritikan Xavi Hernandez ke atas pengadil dibidas oleh pengurus Getafe Jose Bordalas berkata Xavi sedang mencari kambing hitam daripada keputusan seri menentang pasukannya.
“Saya tidak fikir Xavi membantu liga dengan mengatakan perkara ini. Saya fikir komennya adalah cara untuk mewajarkan pasukannya tidak memenangi perlawanan. Ia benar-benar biadap,” kata Bordalas.
“Xavi cuba mencari dalih di atas keputusan yang dicatatkan pasukannya, saya rasa tak adil untuk menyalahkan pengadil. Harus diingat, liga ini tidak pernah memihak kepada kelab kecil seperti kami.”
Seterusnya Bordalas menembak Barcelona sebagai pasukan yang bermain kasar dalam perlawanan ini.
Bordalas berkata: “Aksi paling ganas dimainkan oleh FC Barcelona. Saya tiada komen lanjut tentangnya. Ianya telah menganggu rentak permainan kami yang cuba bermain dengan baik.”
“Saya bukan orang yang boleh memberikan komen tentang kekalahan atau keputusan seri dicatatkan lawan saya. Itu biadap.”
Bordalás: " La jugada más violenta del partido ha sido por parte del FC Barcelona y no tengo nada mas que decir. Es una forma de camuflar el buen partido de mis jugadores. No se me ocurría justificar una derrota o un empate con el juego del rival. Es una falta de respeto”. pic.twitter.com/kbbZvT6t1M
— Juancar Navacerrada 💜 (@juancarNavacerr) August 13, 2023