Pengurus Al Sadd, Xavi Hernandez mengesahkan beliau sembuh daripada jangkitan Coronavirus (COVID-19) dan kini sedia untuk menyambung kembali tugas.

Xavi mengumumkan perkara tersebut di laman media sosial Instagram miliknya dan bekas ketua pasukan Barcelona itu mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

“Terima kasih di atas mesej yang saya terima selama beberapa hari kebelakangan ini.

“Saya mahu berkongsi bersama anda bahawa saya sudah sembuh dan kembali bersama keluarga dan pasukan Al-Sadd,” kata Xavi Hernandez.

Xavi mengumumkan pada Sabtu lalu bahawa dia diuji positif COVID-19 selepas ujian rutin terhadap pemain dan staf kelab utama Qatar itu.

Hernandez
Sumber Gambar: FC Barcelona Noticias

Sejumlah 4 peratus daripada sejumlah 2.75 juta rakyat Qatar dijangkiti COVID-19 dengan 110,153 kes dilaporkan sejak permulaan pandemik dengan negara kecil itu mencatat purata jangkitan tertinggi.

Bagaimanapun negara yang kaya dengan minyak itu hanya melaporkan 169 kematian, antara negara paling rendah selain 106,849 orang sembuh daripada jangkitan COVID-19, menurut statistik rasmi.

Baca artikel lain mengenai Xavi Hernandez di sini:

Lagenda Barcelona, Xavi Hernandez Disahkan Positif COVID-19

Santi Cazorla Sertai Xavi Hernandez Di Al Sadd

Xavi Suruh Barca Jauhi Mane & Aubameyang Yang Tak Sesuai Dengan Mereka