Penularan wabak pandemik COVID-19 sejak bulan lepas ternyata telah menjejaskan perjalanan liga di beberapa negara Asia termasuk Liga Super China. Sehingga hari ini, korban nyawa yang meninggal dunia akibat penyebaran wabak ini telah mencapai lebih 190,000 orang dari seluruh dunia.

Sebahagian besar korban adalah datang daripada China – khususnya Wuhan yang menjadi tempat lahirnya wabak ini. Negara itu telah mencatatkan 4,632 kematian.

Situasi itu menyebabkan pemain daripada sebuah kelab Liga Super China yang berpusat di bandar itu, Wuhan Zall tidak dapat pulang ke negara mereka selama 4 bulan setelah menjalani latihan pra musim di Sepanyol sejak bulan Disember 2019.

Tiga hari lepas, mereka akhirnya selamat tiba di China dan semalam merupakan sesi latihan pertama di halaman sendiri sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Super China yanag bakal bermula pada bulan Jun ini.

EWN8OsDUEAU9rPc
FOTO: Wuhan Zall

Bagaimanapun, mereka telah menetapkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baharu bagi mengelakkan daripada dijangkiti wabak pandemik tersebut.

Antara peraturan yang dikeluarkan oleh kelab itu ialah semua pemain, jurulatih dan kakitangan dilarang makan di luar atau menghadiri apa-apa aktiviti sosial. Mereka juga wajib memakai penutup mulut (mask) kemana-mana sahaja mereka pergi.

Malah, mereka turut melakukan proses sanitasi serta pembasmian kuman pada semua fasiliti kelab termasuk padang latihan, kantin, gym dan bilik persalinan pemain menurut laporan daripada Xinhua.

Sebelum turun menjalani latihan, para pemain Wuhan Zall akan diperiksa suhu badan setiap hari. Peraturan ketat ini dikekalkan sehingga mendapat arahan lanjut daripada pihak kerajaan China menurut kenyataan daripada kelab itu.

Baca artikel lain mengenai kisah kelab Wuhan Zall yang pernah dilaporkan sebelum ini. 

Kelab Liga Super China ‘Sangkut’ Di Sepanyol, Dua Bulan Tidak Pulang Kerana Coronavirus

Wuhan Zall Pulang Ke China, Mahu Hindari Penularan Wabak Covid-19 Di Eropah