David De Gea telah menjadi punca kepada kekalahan Manchester United di tangan West Ham.

Kesilapan De Gea yang menyebabkan gol Benrahma pada minit ke-27 membuatkan Man United kehilangan 3 mata di Stadium London.

Manchester United mahu bangkit semula daripada kekalahan di tangan Brighton dalam aksi sebelum ini.

Erik Ten Hag bagaimanapun kecewa dengan penyudah yang tumpul oleh anak anak buahnya.

Lebih menyakitkan, apabila kesilapan De Gea menjadi punca kepada gol West Ham yang menyebabkan Man United kalah.

David De Gea masih kekal menjadi pendahulu carta untuk Anugerah Sarung Tangan Emas EPL.

Namun setakat ini dia sudah melakukan 4 kesilapan penjaga gol yang mencetuskan gol lawan, menyamai rekod Hugo Lloris – rekod itu adalah tertinggi di kalangan penjaga gol EPL setakat ini.

Kekalahan ini membuatkan United terlepas peluang mahu memintas Newcastle di tangga ketiga.

Dan turut melepaskan peluang untuk menjarakkan diri lebih jauh daripada Liverpool yang berada di tangga kelima.

United cuma 1 mata di atas Liverpool ketika ini. Setan Merah memiliki 1 perlawanan dalam tangan berbanding The Reds.

David Moyes menamatkan rekod 10 perlawanan tanpa kemenangan ke atas Man United sejak dia meninggalkan OId Trafford.

Sebelum perlawanan, Erik Ten Hag mengkritik jadual terlalu padat melibatkan pasukannya. Man United masih bersaing dalam perebutan 4 teratas dan juga aksi Piala FA.

Pastinya keutamaan ketika ini adalah layak ke UCL pada musim hadapan.