David Moyes benar benar gigih mahu mendapatkan Harry Maguire dan Scott McTominay untuk dibawa ke West Ham.

Baca Juga:

Sebelum ini Man United menolak bidaan West Ham untuk mendapatkan Scott McTominay kerana nilai ditawarkan terlalu rendah untuk pemain tersebut.

West Ham membida McTominay dengan nilai £20 juta sebelum ini dan ditolak oleh Man United. Menyatakan bahawa mereka hanya akan menjual pemain itu £50 juta.

West Ham juga membida Maguire dengan nilai yang sama iaitu £20 juta. Dan dengan mudah Man United menolak tawaran itu. Meminta West Ham mengemukakan tawaran lebih besar.

Kini West Ham kembali dengan bidaan £30 juta untuk setiap pemain itu. Dan sekali lagi Man United menolak bidaan yang melibatkan Scott McTominay.

Man United menyerahkan kepada West Ham sama ada mereka akan datang membida dengan tawaran lebih tinggi untuk McTominay atau melupakan sahaja.

Untuk Harry Maguire, Manchester United dijangka akan menolak tawaran itu. Perbincangan masih diteruskan. Namun tiada rundingan melibatkan pemain lagi setakat ini.

Harry Maguire sebelum ini menolak terma peribadi yang dilaporkan dia tak berpuas hati dengan gaji yang ditawarkan.

Man United meletakkan Scott McTominay dan Harry Maguire sebagai antara pemain untuk dilepaskan.

Namun Erik Ten Hag sudah menyatakan pendiriannya tentang Maguire. Menurutnya, kelab tidak terdesak untuk menjual pemain itu. Kerana Harry Maguire dilihat tidak ada masalah dengan kedudukannya di Man United.

Erik Ten Hag malah menyifatkan, Harry Maguire masih pemain penting untuk mereka selagi lagi dia berada di Man United.