West Ham kendalian David Moyes berjaya menjadi juara UECL musim 2022/23.
Baca Juga:
- Rice: “Buat Apa Takut Dengan Jerman? Kami Ada Bintang Bertaraf Dunia Untuk Cetak Gol”
- West Ham vs Man United: De Gea Punca Kekalahan Setan Merah
- Kim Pan Gon ‘Berguru’ Dengan Moyes
Gol dramatik Jarrod Bowen pada minit ke-90 memastikan West Ham trofi utama Eropah pertama mereka sejak 1965 dengan kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina dalam perlawanan akhir Liga Persidangan Eropah pada hari Rabu.
Ia merupakan trofi Eropah kedua untuk West Ham selepas mereka memenangi Piala Pemenang Piala – yang kini tidak lagi wujud – 58 tahun lalu dengan pasukan yang turut dibarisi wira England Piala Dunia Bobby Moore dan Geoff Hurst.
Bowen menyambut bola hantaran hebat daripada Lucas Paqueta, sebelum melakukan rembatan rendah melepasi Pietro Terracciano yang tidak berdaya di gawang Fiorentina.
Benrahma telah membuka jaringan untuk West Ham di Prague ketika dia meledakkan sepakan penalti melepasi Terracciano pada minit ke-62.
Giacomo Bonaventura menyamakan kedudukan lima minit kemudian, menewaskan penjaga gol West Ham, Alphonse Areola dengan percubaan kaki kanan yang kemas dan rendah.
Namun pada masa kecederaan Jarrod Bowen membuatkan penyokong West Ham gegak gempita meraikan gol yang meletakkan pasukan mereka di landasan terbaik menjadi juara UECL.
Fiorentina tidak dapat membalas gol tersebut. Dan mereka akan terlepas slot UEL dan UECL musim hadapan selepas menduduki tempat kelapan dalam Serie A.
Sementara West Ham United akan bermain di UEL musim hadapan selaku juara UECL.
Trofi utama West Ham sebelum ini adalah pada tahun 1980 apabila mereka memenangi Piala FA.