Chelsea berkunjung ke markas jiran mereka West Ham United dalama aksi Liga Perana Inggeris yang berlangsung di Stadium Olimpik London.
Skuad bimbingan David Moyes meneruskan kecemerlangan mereka musim ini dengan mencipta satu lagi kemenangan dalam perlawanan besar.
Chelsea bermula dengan baik, mendahului seawal minit ke-28, menerusi Thiago Silva selepas menerima sepakan penjuru Mason Mount.
Namun hanya 12 minit kemudian, West Ham menyamakan kedudukan menerusi penalti Lanzini.
Ianya berpunca daripada kesilapan Edouard Mendy yang cuba menewaskan Bowen dengan gelecekannya. Ianya memakan diri dan penjaga gol Chelsea itu menjatuhkan Jarrod Bowen di dalam kotak penalti.
Extraño error de Mendy. Se lía con un pase atrás de Joriginho y termina derribando a Bowen. Penalti. pic.twitter.com/IAmEziBHWE
— Angel DP (@ANGELDIAZ14) December 4, 2021
Lanzini melakukan sepakan penalti yang sangat baik dan menjadikan kedudukan 1-1.
Hakim Ziyech kemudian hampir mengembalikan Chelsea di hadapan hanya seminit selepas itu. Tetapi rembatannya dihadang.
Ziyech bagaimanapun berjaya mencipta peluang untuk Mason Mount. Di mana Mount menjaringkan gol kedua Chelsea sebelum rehat, hasil daripada serangan balas.
Pada lewat separuh masa pertama, David Moyes memasukkan Arthur Masuaku menggantikan Ben Johnson.
Separuh masa pertama berakhir dengan Chelsea di hadapan 1-2.
Bersambung separuh masa kedua, Chelsea melancarkan serangan menerusi Rudiger daripada serangan balas. Rudiger melorongkan bola kepada Ziyech. Tetapi malang sekali Ziyech melambungkan tinggi bola.
Jarrod Bowen terus menjadi masalah utama Chelsea. Kali ini pemain itu menyempurnakan hantaran Coufal untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-56.
Jarrod Bowen’s game by numbers vs. Chelsea:
21 successful passes
16 successful passes
10 ball recoveries
4 fouls won
4 crosses
4 shots
2 big chances
1 goalOutstanding. 🎯 pic.twitter.com/D9y43Ikqdk
— Statman Dave (@StatmanDave) December 4, 2021
Chelsea menolak ramai pemain mereka ke zon serangan. Namun mereka buntu untuk menyempurnakan peluang gol.
Masuaku menjadi wira West Ham apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87.
Di mana Masuaku membidik tepat dari sebelah kiri, luar kotak penalti dan terus gol.
Arthur Masuaku scores his 1st @premierleague goal on his 96th appearance
Chelsea conceded 3 PL away goals today – had conceded only twice in 7 previous PL away games this season pic.twitter.com/S7Y2XpygRG
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) December 4, 2021
Kemenangan ini menyaksikan West Ham memenangi 4 daripada 7 aksi di tempat sendiri berdepan Chelsea. Dan satu berakhir seri.
Seterusnya, Chelsea menelan kekalahan pertama daripada kedudukan mendahului pada separuh masa pertama.
Kali terakhir mereka kalah selepas mendahului pada separuh masa pertama adalah pada 2018 yang lalu, ketika di bawah bimbingan Maurizio Sarri, ketika menentang Wolves. Mereka kemudian melebarkan rekod 48 perlawanan tanpa kalah daripada kedudukan mendahului pada separuh masa. Menang 40 kali dan seri 8 kali.
https://twitter.com/FootballFunnnys/status/1467139776319049734