Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA, Arsene Wenger tanpa berselindung mengakui Tottenham Hotspur mampu untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Baca Juga:

Selepas mengharungi 10 perlawanan liga setakat ini, Tottenham yang dibimbing Angelos ‘Ange’ Postecoglou tampil dengan cukup cemerlang berbekalkan lapan kemenangan dan dua keputusan seri dicatatkan.

Keadaan yang meletakkan kelab tersebut ditangga teratas dengan 26 mata, berkelebihan dua mata dihadapan pencabar terdekat, Arsenal dan Manchester City.

Melihatkan kepada perkembangan terkini itu, Wenger yang cukup sinonim dengan Arsenal melihat Tottenham mempunyai ramuan secukupnya untuk mencipta kejutan menjulang trofi EPL.

“Anda bertanya kepada saya, bukan soalan rumit kerana saya suka menyatakan apa yang saya rasa secara mendalam.”

“Dan saya percaya Tottenham akan menjadi salah satu pesaing untuk merebut kejuaraan liga,” ujar Wenger menurut sumber Goal.

“Mereka membeli Maddison yang merupakan pemain hebat dan merupakan penghubung dari bahagian tengah yang rendah ke bahagian tengah yang tinggi serta menambah kreativiti teknikal kepada pasukan.”

“Mereka juga membeli Van de Ven yang saya rasa sangat luar biasa. Saya mendapati bahawa dia memang benar-benar luar biasa.”

“Mereka memiliki kelemahan di kawasan pertahanan dan pada musim lalu [Hugo] Lloris tidak berada pada musim terbaiknya. Dan pergerakan dari Son Heung-min ke tengah juga kelihatan bagus

“Mereka memiliki kelemahan di area itu dan musim lalu [Hugo] Lloris tidak menjalani musim terbaiknya. Dan pergerakan dari Son [Heung-min] ke tengah terlihat sangat bagus,” ulas Wenger, memberi apresiasi tinggi terhadap permainan Spurs.

 

Sumber