Perlawanan diantara Malaysia bertemu Vietnam di Hanoi minggu lalu telah meninggalkan kekecewaan kepada penyokong Malaysia.

Namun disebalik itu kami tertarik untuk melihat bagaimana semangat tinggi yang ditunjukkan oleh satu keluarga ini untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia di Stadium Nasional My Dinh ditemani oleh 2 orang anak mereka yang berumur bawah 4 tahun.

VocketFC berjaya menghubungi Aliah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana dia dan suaminya serta 2 anak yang masih kecil bersama-sama ke Hanoi untuk memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.

EGbxhKgUwAE2eeu
Gambar Aliah bersama suami dan 2 anak mereka di Hanoi.

Menurut maklumat lagi, ini bukanlah kali pertama mereka melakukannya tetapi ini adalah kali ke 3 mereka 4 beranak awayday bersama-sama.

Cabaran Utama Bawa Anak Kecil

Secara jujurnya, cabaran utama membawa anak kecil adalah mood mereka yang mudah dan cepat berubah, selain mereka sebenarnya tidak physically fit untuk berjalan dengan jarak yang jauh sendiri.

Jadi, tip penting untuk membawa anak-anak ke stadium disini adalah perlu fit secara fizikal dan mental. Bawa anak bawah 4 tahun memerlukan kita sebagai ibu bapa fit untuk dukung mereka dan meneruskan perjalanan ke stadium.

Kos perjalanan juga akan turut meningkat berbanding dengan pergi sendiri. Ini adalah kerana keperluan untuk book GrabCar sebagai contoh dan bukan menaiki bas beramai-ramai seperti biasa.

Lagi-lagi bila game besar, memang kena jalan jauh dari tempat parking atau drop-off dan bukan stroller friendly. Kami pernah pergi awayday dan jalan kaki sekitar 9,000 langkah untuk ke stadium sambil mendukung anak!

Kesabaran Perlu Ditahap Tertinggi, 20 Kali Ganda Lebih Penat

Kedua-dua ibu napa memerlukan kerjasama yang betul-betul hebat dan kesabaran perlu berada ditahap tertinggi. Bila salah seorang mula marah-marah, seorang lagi perlu berada dalam keadaan yang sangat tenang.

Selain itu, Aliah juga ada menyatakan bahawa awayday membawa anak ini sebenarnya 20 kali ganda lebih penat berbanding pergi sendiri. Sangat penat.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang telah dibuat oleh Aliah mengenai awayday mereka di Hanoi baru-baru ini, walaupun kalah dan penat tetapi mereka pastinya tidak serik untuk melakukannya lagi.

Artikel lain yang anda boleh baca sebagai seorang peminat bola sepak sejati serta rujukan berkaitan dunia bola sepak Asia yang tidak dijumpai ditempat lain.

Jakarta Tersenarai Dalam ‘Awayday’ Paling Mencabar Di Dunia

Strategi Ampuh 3 Syarikat Jepun Ini Menggunakan Bola Sepak Sebagai Pemangkin Perniagaan Mereka

Norhadi Ubaidillah: Kecederaan Paru-Paru Yang Serius Tamatkan Karier, Segulung Ijazah Penyelamat Masa Depan