Pemain tengah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal terus menampilkan prestasi cemerlang bersama kelabnya, Rio Grande Valley dalam saingan USL Championship dimana beliau menjaringkan gol baru-baru ini.

Pada aksi menentang El Paso Locomotive, Kuzain diturunkan dalam kesebelasan utama dimana beliau bergandingan dengan Christian Sorto di bahagian serangan.

Pada minit ke-61, Wan Kuzain menjaringkan gol dimana rembatan kaki kanannya gagal diselamatkan oleh penjaga gol pihak lawan sekaligus memberikan kemenangan kepada Rio Grande Valley dengan keputusan 3-2.

Sebelum ini, Kuzain turut menjaringkan gol pada penampilan pertama beliau bersama Rio Grande pada aksi menentang San Antonio dimana perlawanan dimenangi oleh Rio.

Selain itu, abang kepada Wan Kuzri itu juga menjaringkan gol kemenangan ketika Rio Grande bertemu Real Monarchs pada 13 Jun lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu menyuarakan hasrat bagi beraksi bersama pasukan kebangsaan baru-baru ini setelah melihat Dion Johan Cools beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sebelum ini, Kuzain pernah menjalani latihan bersama skuad B-22 tahun negara ketika persiapan menjelang temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Wan Kuzain Wan Kamal di sini:

Wan Kuzain Mahu Beraksi Bersama Harimau Malaya

Reaksi Wan Kuzain Dengan Kehadiran Dion Johan Cools Dalam Skuad Harimau Malaya

Wan Kuzain Jalani “Debut” Bersama Rio Grande Valley