Skuad kebangsaan Wales akhirnya berjaya ke Piala Dunia pertama mereka sejak tahun 1958. Mereka menewaskan Ukraine 1-0 di Cardiff hasil jaringan kapten pelawat Andriy Yarmolenko yang tertampan bola sepakan percuma Bale ke gawang sendiri.
Ini adalah keputusan terhebat dalam sejarah bola sepak mereka kerana sudah lama tidak beraksi di Piala Dunia.
“Keputusan ini adalah keputusan paling hebat dalam sejarah bola sepak Wales. Inilah yang membentuk impian.
“Saya kelu kerana kami amat gembira. Kami melakukannya untuk penyokong hebat kami di negara ini. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini,” kata Bale.
After 64 years of waiting… Wales are back at the World Cup! 🏴
They'll be joining some familiar faces in Group B! 👀 #FIFAWorldCup | @Cymru pic.twitter.com/l9W7dDn9yp
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 5, 2022
Ukraine yang dikendali Oleksandr Petrakov lebih banyak menguasai permainan namun nasib tidak menyebelahi mereka untuk merebut tiket ke Qatar tahun ini. Ditambah pula dengan kecemerlangan penjaga gol Wales, Wayne Hennessey yang banyak menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Ukraine.
Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat permainan sekaligus memberikan kegembiraan kepada para penyokong Wales. Pasukan itu kini sudah boleh merangka perancangan terbaik bagi mengahadapi pusingan akhir Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar bermula November ini.
Wales’ 64 year wait for a World Cup is over!!🏴
Just look at the full-time scenes. Pure euphoria.pic.twitter.com/AnjREMknDR
— COPA90 (@Copa90) June 5, 2022
Berdasarkan undian, skuad Naga Merah bakal ditempatkan dalam kumpulan B bersama England, Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.
De Paula Terpilih, Liridon Digugurkan Daripada Senarai Akhir 23 Pemain Ke Kelayakan Piala Asia 2023
Masalah Sinus Semakin Teruk, Syahmi Safari Terlepas Aksi Kelayakan Piala Asia 2023