Penampilan pertama Vissel Kobe dalam kejohanan AFC Champions League sememangnya diraikan oleh penyokong mereka dengan penuh keterujaan dan lawan mereka dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan esok adalah Johor Darul Ta’zim FC (JDT).
Sebuah laman web bola sepak terkenal di Jepun Soccer Digest Web mengeluarkan satu artikel mengenai perlawanan malam esok dan menyifatkan JDT – juara Liga Super Malaysia 6 kali tidak boleh dipandang sebelah mata menurut kata-kata dari ketua jurulatih mereka, Thorsten Fink.
Dengan kejuaraan pertama mereka musim ini apabila menumpaskan Yokohama F Marinos dalam kejohanan Fuji Xerox Super Cup 2020, ia jelas menjadi momentum untuk perlawanan esok dan mereka bersedia untuk bertemu JDT.
Mengikut Soccer Digest Web, mereka membuat ramalan Thorsten Fink bakal menurunkan skuad dengan menggunakan formasi 3-4-2-1, dengan bahagian tengah akan menggandingkan aksi Andres Iniesta dan Hotaru Yamaguchi.
Disebabkan ketiadaan Sergi Samper yang tiada dalam senarai pemain skuad ACL, Thorsten Fink akan menggunakan gandingan 2 pemain itu seperti mana ketika mereka menewaskan Kashima Antlers di final Emperor’s Cup yang lepas.
Selain itu, dibahagian pertahanan hanya Thomas Vermalaen yang didaftar debagai pemain import dan ketiadaan Dankler bakal diisi oleh seorang pemain yang berpengalaman dalam kancah ACL iaitu Hirofumi Watanabe.
Pada pandangan media Jepun itu juga, kunci utama kepada Vissel Kobe esok adalah kombinasi ‘takumi’ diantara Iniesta dan penyerang tunggal mereka Douglas yang dilihat serasi bersama Vissel Kobe selain berpotensi sebagai ‘Ace’ baru pasukan itu.
Mereka juga jelas mahu pasukan Vissel Kobe untuk mendapatkan gol pendahuluan sebanyak mungkin lebih awal kerana jika mereka mempunyai masalah untuk mengekalkan konsistensi permainan terutama pemain-pemain yang sudah veteran.
Baca juga artikel lain berkaitan AFC Champions League yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
ACL2020: Theerathon Ketepikan Pemain Korea Selatan, Tersenarai Dalam Skuad Yokohama F Marinos
Empat Pemain Vissel Kobe Yang Harus Diberikan Perhatian Khusus Oleh JDT