Pasukan yang dimiliki oleh Hiroshi Mikitani, Vissel Kobe dilaporkan telah bersedia dengan tawaran bagi ‘membawa pulang’ bekas pengurus Nagoya Grampus, Arsene Wenger kembali dalam saingan J.League.

Menurut laporan dari portal Daily Sports Japan yang diterbitkan 2 hari yang lalu, Vissel Kobe bersedia untuk menawarkan kontrak selama 2.5 musim bernilai sekitar €4,000,000 semusim kepada Arsene Wenger untuk mengemudi pasukan yang diketuai beberapa bintang bola sepak dunia seperti Andreas Iniesta, David Villa dan Lukas Podolski.

When-Arsene-Wenger-Was-Emperor-Of-Japanese-Football
Arsene Wenger ketika membimbing Nagoya Grampus Eight musim 1995-1996.

Pengarah Sukan Vissel Kobe, Atsuhiro Miura serta Ketua Pemantau Bakat, Takashi Hirano turut dilaporkan telah berlepas ke eropah 2 hari yang lalu bagi melakukan perbincangan serta negosiasi lanjut bersama Arsene Wenger.

Wang dilihat tidak menjadi satu masalah kepada Vissel Kobe kerana Hiroshi Mikitani merupakan seorang bilionair (pemilik Rakuten) serta memiliki pengalaman dalam bola sepak terutama sebagai penaja utama FC Barcelona.

Arsene Wenger / Boro Primorac
Arsene WENGER / Boro Primorac – 15.04.1995 – Nagoya Grampus / S Pulse – J League, Photo : Alain Gadoffre / Icon Sport

Jika semuanya berjalan lancar, Arsene Wenger akan kembali dalam saingan J.League buat kali pertama selepas 23 meninggalkan Nagoya Grampus bagi membimbing Arsenal.