Sejak beberapa minggu ini sudah mula terbit beberapa berita mengenai ‘masalah’ yang sebenarnya dihadapi oleh skuad kebangsaan Vietnam dimana ada banyak pihak yang sudah mula nampak prestasi mereka semakin menurun.
2 hingga 3 tahun sebelum ini, dibawah bimbingan Park Hang-seo skuad Vietnam tidak dinafikan cukup ‘solid’ hampir disetiap posisi dan buktinya mereka telah berjaya menggondol beberapa kejayaan seperti;
- Naib juara AFC U23 2018
- Juara AFF Suzuki Cup 2018
- 8 terbaik Asian Cup 2019
- Juara Sukan SEA 2019
Namun, selepas berjaya berada ditahap itu kini percaturan Park Hang-seo kini semakin ‘longgar’ kerana sudah banyak pasukan yang berjaya membaca taktikal serta gaya permainan yang diterapkan seterusnya menemui kelemahan pasukan itu.
Ada yang melabelkan pendekatan Park Hang-seo bersifat konservatif dan kedegilan beliau menggunakan taktikal sama kini sudah mula diandaikan sebagai ‘retak menanti belah’.
Selain itu, ada beberapa pihak sudah mula mengecam beliau kerana tidak mahu menggunakan pemain naturalisasi atau kacukan dengan lebih banyak kerana beberapa pasukan dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina semakin baik selepas menggunakan langkah ini.
Bukan itu sahaja, rata-rata turut memerhatikan tekanan kuat yang dihadapi oleh mereka juga hadir dari para penyokong yang seolah-olah tidak mampu menerima hakikat jika pasukan mereka menjadi lemah.
Pride selepas 4 kejayaan diatas (sebagai contoh) menjadikan mereka lebih memberikan tekanan untuk pencapaian lebih baik, termasuk pressure untuk mengekalkan kejuaraan AFF Suzuki Cup 2020.
Walaupun kini kedudukan mereka mengutip 11 mata dalam kumpulan G pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, jauh disudut hati skuad ini sudah mula ‘goyang’ untuk menghadapi perlawanan seterusnya berdepan Malaysia.
Dengan ramai pemain yang sedang atau baru pulih dari kecederaan serius seperti putus ligamen dan sebagainya, mereka jelas merasakan tekanan berbanding Thailand dan Malaysia yang dilihat lebih stabil secara keseluruhannya.
Skuad Vietnam akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan skuad Harimau Malaya, yang hebat diperkatakan venue sukar untuk semua pasukan. Kekalahan Thailand dan struggle UAE untuk menewaskan skuad Tan Cheng Hoe adalah antara bukti jelas seperti yang dilaporkan oleh media luar – Sports442.
Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.
Kontroversi Felda United Mahu Beli Saham Kelab Glasgow Rangers Yang Tidak Ramai Tahu Mengenainya
Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas