Skuad Vietnam dibawah bimbingan ketua jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-seo dijangka tidak mempunyai masalah untuk terus kekal berada dalam senarai Top 100 mengikut kedudukan FIFA Ranking yang akan diumumkan pada petang nanti.
Sebelum ini dalam kemaskini yang dilakukan pada 24 Oktober 2019 yang lalu, pasukan Vietnam berada dikedudukan ke 97 dunia dan selepas mengharungi 2 perlawanan pusingan ke 2 kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu UAE dan Thailand, skuad ini diramalkan akan melonjak ke kedudukan ke 94 dunia.
Pasukan Vietnam mula menempatkan diri dalam kedudukan 100 terbaik dunia secara berterusan sejak kemaskini pada bulan November 2018 yang lalu dan ini bermakna pasukan Vietnam sudah 12 bulan berada dalam kedudukan Top 100 dunia.
Kedudukan itu juga menjadikan pasukan Vietnam sebagai wakil tunggal pasukan dari rantau Asia Tenggara yang mampu memecah dinding 100 pasukan terbaik dunia ketika ini, dimana pasukan Thailand dan Filipina masing-masing mengekori dari kedudukan 109 dan 126 mengikut kemaskini terbaru pada bulan Oktober 2019.
Malaysia pula walaupun diramalkan berjaya melonjak beberapa tangga lebih baik, tetapi berdasarkan jumlah pungutan mata, Malaysia ketinggalan sekitar 200 mata dari pasukan Vietnam.
Mungkin kita mampu untuk mengejar mereka, tetapi akan mengambil sedikit masa dan keputusan perlawanan yang baik secara berterusan adalah jawapannya.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Pembantu Jurulatih Thailand Ejek Park Hang Seo Pendek, Vietnam Buat Aduan Rasmi Ke AFC
Bawa Masuk ‘Messi Vietnam’ Sedap Bunyinya, Faedah Tidak Seberapa Dari Pengikut Instagram
Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN