Skuad kebangsaan Vietnam berpeluang untuk menguji kekuatan salah satu pasukan terbaik di rantau Asia iaitu Korea Selatan apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu salam satu perlawanan persahabatan antarabangsa pada Oktober ini.
Baca Juga:
- Park Hang-seo Tubuhkan Akademi Bola Sepak Di Vietnam
- Vietnam Atur Aksi Persahabatan Menentang Korea Selatan
- PSG Sambar Pemain Korea Selatan Dengan Kontrak 5 Tahun
Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial X dimana dalam satu temu bual baru-baru ini, pengendali Korea iaitu Jurgen Klinsmann mengesahkan bahawa pasukannya akan turun menentang salah satu pasukan terbaik dari rantau Asia Tenggara itu.
🇰🇷🆚🇻🇳 In today's press conference, the head coach of the South Korea national team, Jürgen Klinsmann, confirmed the friendly match between South Korea and Vietnam in October.
Before that, South Korea will play a friendly match against Tunisia on October 13.#VFF #KFA pic.twitter.com/EJKo3YdoZg
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) August 21, 2023
Menurut Klinsmann, beliau tidak mempunyai banyak pilihan berkenaan lawan untuk skuad bimbingannya dan terpaksa berdepan dengan pasukan yang kualitinya agak jauh berbeza sebagai persiapan menuju Piala Asia 2023.
“Saya tidak mahu turun menentang pasukan underdog. Akan tetapi, itu saja pilihan yang saya ada. Kami mencari lawan dari Asia sebagai persediaan untuk beraksi di Piala Asia.
“Saya mahu turun menentang pasukan terbaik di dunia. Tetapi ini saja pilihan yang kami ada,” katanya.
Sebelum turun menentang Vietnam, Korea Selatan terlebih dahulu mengadakan aksi persahabatan menentang Tunisia pada 13 Oktober.
Ini kali pertama Korea Selatan mengadakan aksi persahabatan menentang pasukan dari Asia Tenggara dalam tempoh 32 tahun.
Kali terakhir pasukan itu berdepan skuad dari Asean ialah pada 1991 ketika menentang Indonesia dalam kejohanan Piala Presiden yang diadakan di Daejon.
Untuk temasya Piala Asia, Vietnam diundi dalam kumpulan D bersama Jepun, Iraq dan satu lagi pasukan dari Asean iaitu Indonesia.
Manakala Korea Selatan diletakkan dalam kumpulan E bersama Malaysia, Jordan dan Bahrain.