Skuad bimbingan Park Hang-seo menarik nafas lega apabila dilaporkan sudah menerima pengesahan dari pihak Kyrgyzstan FA bagi mengadakan perlawanan persahabatan pada 26 Mac 2020.
Perlawanan itu yang masih bakal diadakan di Gò Đậu Stadium, Bình Dương, merupakan medan ujian bagi pendahulu kumpulan G pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023, 5 hari sebelum turun bergasak menentang anak buah Tan Cheng Hoe di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pada asalnya pasukan Vietnam dijadualkan bertemu dengan pasukan Iraq yang dalam persiapan untuk menentang Hong Kong, namun telah dibatalkan oleh Iraq atas alasan kebimbingan mengenai isu Coronavirus.
Bagaimanapun, perlawanan Vietnam bertemu dengan Kyrgyzstan itu tidak dapat dikendalikan oleh Park Hang-seo kerana beliau sedang menjalani hukuman penggantungan 4 perlawanan dari AFC disebabkan ‘mulut hodohnya’ kepada pegawai perlawanan ketika saingan Sukan SEA 2019 di Filipina.
Pertembungan Vietnam dan Kyrgyzstan yang kedua-dua berada di FIFA ranking yang hampir sama ini juga merupkan pertemuan pertama mereka dalam kancah bola sepak antarabangsa.
Malaysia akan berdepan dengan pasukan UAE terlebih dahulu pada 26 Mac 2020 di Dubai, sebelum kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk beradu kekuatan dengan Vietnam bagi merebut tempat ke pusingan R3 kelayakan Piala Dunia 2022 serta layak secara automatik ke saingan Piala Asia 2023 di China.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Gaji Lee Nguyen Yang Mencecah RM178,000 Sebulan Buatkan Kelab Liga Vietnam ‘Turn-Off’
AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur