Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengesahkan mereka bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan di ranking FIFA 28 dunia, Korea Selatan pada bulan oktober nanti.
Baca Juga:
- Philippe Troussier Sasar Bawa Vietnam Layak Ke Piala Dunia 2026
- Park Hang-seo Marah Vietnam Tewas Kepada Indonesia
- Piala AFF: Media Vietnam Kritik Nguyen Quang Hai
Ia adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 serta Piala Asia 2023 di Qatar yang bakal berlangsung pada bulan Januari tahun depan.
๐ INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH
Oct | South Korea ๐ฐ๐ท ๐ ๐ป๐ณ Vietnam
The match Vietnam Football Federation (VFF) has announced that in order to prepare for the FIFA World Cup 2026 qualifiers, the Vietnam NT will play a friendly match against the South Korea#VFF #KFA pic.twitter.com/jx37Vg4uRx
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 27, 2023
Pada majlis undian rasmi Kelayakan Piala Dunia 2026 di AFC House semalam menyaksikan Vietnam diundi dalam kumpulan F bersama Iraq serta dua pasukan asia tenggara iaitu Filipina dan Indonesia atau Brunei.
VFF merancang untuk mengadakan kem latihan pusat di Korea Selatan sebelum menghadapi perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2026 pada 16 November 2023.
Perlawanan itu akan jadi medan untuk ketua jurulatih dari Perancis, Philippe Troussier menguji kemampuan pemain menentang pasukan lebih kuat.
Manakala Korea Selatan akan menjadikan aksi menentang Vietnam sebagai persiapan menghadapi lawan dari Asia Tengara iaitu Thailand dan Malaysia.
Korea Selatan diundi satu kumpulan dengan Thailand untuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mereka juga bakal berdepan Malaysia di Piala Asia 2023 nanti.
๐๐ก๐ ๐๐จ๐๐ ๐๐จ #AsianCup2027 ๐๐ง๐ #FIFAWorldCup ๐๐จ๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ฎ๐๐ฌ!
9๏ธโฃ group winners and 9๏ธโฃ runners up will automatically qualify for 2027 ๐ธ๐ฆSaudi Arabia and continue their passage into the #AsianQualifiers Final Round for the 2026 FIFA World Cup spots! pic.twitter.com/66svUm5eio
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) July 27, 2023
Berdasarkan format kelayakan Piala Dunia kali ini, benua Asia diberikan lapan slot berbanding hanya empat tiket pada saingan sebelum ini.
Penambahan slot itu membuka peluang bersaing merebut tempat beraksi di pentas tertinggi itu termasuk Malaysia yang tidak pernah layak ke Piala Dunia.
Jika melepasi pusingan kedua, mereka akan beraksi di pusingan ketiga bersama 17 pasukan lain yang akan dibahagikan kepada tiga kumpulan babitkan enam pasukan.
Juara dan naib juara akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026, manakala pasukan di tangga ketiga dan keempat akan beraksi di pusingan keempat babitkan dua kumpulan, dengan juara sahaja akan dihadiahkan tiket ke pentas tertinggi itu.
Baki satu lagi slot pula akan ditentukan di pusingan kelima babitkan dua naib juara kumpulan pusingan keempat, di mana pemenang pertemuan itu akan meneruskan aksi kelayakan antara benua sebelum mara ke Piala Dunia.