Penolong jurulatih pasukan Kedah, Victor Andrag mahu pasukannya memperbaiki kelemahan khususnya di bahagian pertahanan bagi memastikan mereka kembali meraih tiga mata pada perlawanan Liga Super 2019 menentang Terengganu FC pada Jumaat ini.
Bekas ketua pasukan skuad Lang Merah ini akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ketua jurulatih, Aidil Shahrin Sahak yang menghadiri Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 selama 11 hari di Kuala Lumpur.
Menjelang perlawanan menentang naib juara Piala Malaysia 2018 itu, Victor memberikan fokus untuk memperbaiki benteng pertahanan pasukan dimana Kedah melepaskan empat gol dalam dua perlawanan terakhir.
10' | GOL LUKE WOODLAND
Pasukan @kualalumpurfa mendapat gol pertama dalam perlawanan #KLKED selepas Luke Woodland menanduk bola ke dalam gawang @official_kfa.#LigaSuper2019#KLKED#MFLLive pic.twitter.com/NXIq8xaYWj
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
49' | GOL DE PAULA
Guilherme de Paula berjaya menjaring gol pertama beliau dalam Liga Super untuk meletakkan @kualalumpurfa di hadapan menentang @official_kfa.#LigaSuper2019#KLKED#MFLLive pic.twitter.com/oLSBY01vZh
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
“Kita perlu bangkit dengan kesedaran yang tinggi terutama barisan pertahanan jika kita tidak mahu kelemahan lalu berulang lagi selepas kita dibolosi dua gol sebanyak dua kali sebelum ini.”
“Tidak ada mana-mana pasukan yang mudah untuk ditewaskan dalam Liga Super ini dan pasukan mana yang melakukan kesilapan bakal dihukum.”
“Menentang Terengganu FC kali ini adalah cabaran yang besar dan kita perlukan keyakinan dan terus kukuhkan lagi benteng pertahanan yang sebelum ini kita antara pasukan yang kurang dibolosi,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Kekalahan di tangan Kuala Lumpur minggu lalu menyebabkan Kedah terlepas peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan Pahang yang berada di tangga kedua. Selain itu, kini dua lagi pasukan iaitu PKNS FC dan Selangor mengekori rapat apanbila dua pasukan Lembah Klang ini mempunyai kutipan mata yang sama dengan pasukan Kedah.
Jika berjaya menewaskan Terengganu FC, maka juara Piala FA 2017 itu akan berada tiga mata di belakang Pahang sekaligus memperoleh motivasi tambahan sebelum berdepan Petaling Jaya City FC dalam saingan Piala FA 2019 pada Selasa.