Sebuah jawatankuasa dalam Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) mengumumkan bonus kemenangan berjumlah VND1 bilion atau RM181,000 selepas skuad bimbingan Park Hang-seo berjaya menumpaskan Malaysia 3-0 semalam.
Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh ZingNews, keputusan untuk ‘menabur’ bonus itu adalah sebagai satu cara untuk mereka memberikan motivasi kepada para pemain untuk meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFF 2020 seterusnya mempertahankan kejuaraan mereka.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pihak VFF memberikan duit bonus kemenangan dalam kempen mereka di Piala AFF 2020, dimana sebelum ini ketika perlawanan pertama mereka berdepan Laos, pihak VFF telah memberikan duit bonus kemenangan sebanyak VND500 juta atau RM91,000.
Secara keseluruhannya, selepas 2 kemenangan di kejohanan Piala AFF 2020, pemain-pemain Vietnam telah berjaya mengutip duit bonus kemenangan sebanyak RM272,000 dan dijangka akan terus meningkat lebih banyak selepas ini.
Pasukan Vietnam akan turun bertemu pasukan Indonesia 2 hari lagi dalam perlawanan ke-3 mereka dalam kumpulan B.
Berdasarkan apa yang dipamerkan oleh skuad Vietnam ketika ini, mereka dijangka tidak akan berdepan masalah besar untuk menang semua perlawanan peringkat kumpulan dan layak ke peringkat separuh akhir,
Baca juga artikel-artikel lain yang telaih kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Nguyen Tuan Anh “Confess” Tidak Cergas Sepenuhnya Ketika Menang Selesa Keatas Malaysia
Park Hang-seo: “Saya Hanya Fokus Pada Keputusan. Tak Peduli Macam Mana Nak Menang.”
‘Tahi Judi’ Ini Bengang Malaysia Menang Besar, Dakwa Laos Jual Perlawanan Di Singapura