Pemain Vietnam yang dipilih selaku pemain terbaik perlawanan ketika bertemu Malaysia semalam, Nguyen Tuan Anh dalam sesi sidang media sejurus tamat perlawanan mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak berpuas hati dengan apa yang dipamerkan.
Turun buat kali pertama dalam kejohanan Piala AFF 2020, Nguyen Tuan Anh yang juga bekas pemain kelab J2 League – Yokohama FC beberapa musim yang lalu mendedahkan bahawa prestasi beliau berdepan Malaysia masih memerlukan banyak penambahbaikan sebelum berdepan Indonesia.
“Perlawanan dalam saingan V.League banyak terganggu dan saya serta pemain-pemain lain tidak ada banyak peluang bermain.”
“Seperti yang kita semua tahu, ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita kembali dalam pandemik ini.”
“Ini adalah penampilan kali pertama saya dalam kejohanan AFF Suzuki Cup, dan saya tidak berpuas hati dengan prestasi saya sendiri hari ini kerana tahap kecergasan saya tidak cukup bagus dan kehilangan banyak bola.”
“Namun, saya fikir akan melakukan yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya (berdepan Indonesia).”
Nguyen Tuan Anh ini adalah seorang pemain yang sangat berbakat dan menurut artikel dari VNExpress, beliau berada pada kelas lebih tinggi berbanding pemain-pemain lain termasuklah Nguyen Cong Phuong.
Namun dalam tempoh 6 tahun terkini, Nguyen Tuan Anh telah mengalami 13 kecederaan yang serius selain beberapa siri pembedahan yang menghalang beliau turun beraksi lebih kerap berbanding pemain-pemain lain.
Ketika ini pasukan Indonesia sedang mendahului kedudukan dalam saingan kumpulan B dengan 6 mata dari 2 perlawanan dengan kelebihan perbezaan gol berbanding Vietnam ditempat kedua.
Pasukan Vietnam dilihat sebagai salah sebuah pasukan yang akan mencabar kejuaraan dalam edisi kali ini dan mereka juga sebenarnya adalah juara bertahan kejohanan Piala AFF.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Park Hang-seo: “Saya Hanya Fokus Pada Keputusan. Tak Peduli Macam Mana Nak Menang.”
‘Tahi Judi’ Ini Bengang Malaysia Menang Besar, Dakwa Laos Jual Perlawanan Di Singapura
Tender Sediakan Makanan 2 Kali Sehari, Pemain Vietnam Boleh Pilih 100 Menu Sepanjang Piala AFF 2020