Skuad Thailand U23 yang dibimbing oleh Akira Nishino tewas 0-1 kepada pasukan Arab Saudi hasil dari 1 sepakan penalti yang dijaringkan oleh Al-Hamdan Abdullah pada minit ke 77 perlawanan.
Keputusan sepakan penalti itu mengejutkan banyak pihak sebenarnya dan reaksi dari pengulas perlawanan juga seperti tidak percaya dengan pemberian sepakan penalti kepada pasukan Arab Saudi itu.
Pengadil perlawanan dari Oman, Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf yang juga merupakan pengadil perlawanan akhir edisi 2018 yang lalu, pada asalnya memberikan sepakan bebas diluar kotak penalti, namun selepas menerima maklumat dari pengadil VAR, sepakan penalti diberikan.
Penalty or No Penalty? 🤔
The referee awarded 🇸🇦 Saudi Arabia a free kick just outside the box but after a VAR review and the official gave a penalty instead!#AFCU23 pic.twitter.com/ZYrgxqOTXN
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) January 18, 2020
Berdasarkan ulang tayang dalam video diatas, ramai yang berpendapat bahawa keputusan VAR adalah tidak tepat dan pengadil perlawanan juga dilihat lebih memihak kepada pasukan Arab Saudi secara keseluruhannya.
Hampir 15,000 orang penonton yang berada di stadium mula melaungkan kata-kata kesat seperti “F**k You!” kepada pengadil dan ianya jelas kedengaran melalui siaran langsung di kaca TV.
Dengan terkeluarnya Thailand dari kejohanan itu, maka tiada pasukan Asia Tenggara dalam aksi bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas Vietnam juga gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.
Pasukan Arab Saudi akan meneruskan pemburuan slot bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menanti pemenang perlawanan diantara UAE bertemu Uzbekistan diperingkat separuh akhir nanti.
2 pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir dan pemenang tempat ke-3 akan menerima slot acara bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung kira-kira 6 bulan dari sekarang.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Pemain Naturalisasi Liga Vietnam Ini Dipenjara 16 Tahun Selepas Bersalah ‘Scam’ Perempuan Tempatan
Shimizu S Pulse Mula Mencari Penterjemah Bahasa Thai, Teerasil Dangda Hampir Pasti Ke J1 League