Louis Van Gaal yakin pasukannya akan kalahkan pasukan pilihan Argentina dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2022.

Louis Van Gaal diminta memberikan komen tentang Argentina dengan pasukan Brazil. Di mana pasukan tersebut merupakan pasukan paling banyak mereka tentang di peringkat antarabangsa.

Belanda bertemu Argentina 9 kali dalam sejarah mereka. Dalam Piala Dunia sahaja pasukan Belanda dan Argentina sudah bertemu sebanyak 4 kali.

Argentina dan Belanda bertemu pertama kali dalam Piala Dunia pada 1948 yang diadakan di Argentina. Di mana Argentina menang 4-0.

4 tahun kemudian Argentina menewaskan Belanda untuk kejuaraan Piala Dunia pertama mereka. Namun kemenangan itu dicatatkan menerusi 2 gol masa ekstra selepas terikat 1-1.

Argentina tidak pernah menewaskan Belanda dalam aksi 90 minit pada aksi Piala Dunia. Dan kini Argentina dalam pemburuan trofi Piala Dunia ketiga, selepas kali terakhir memenanginya pada 1986, hasil magis Diego Maradona.

Louis Van Gaal sedar bahawa mereka akan berdepan pasukan yang sukar. Lebih lebih lagi Argentina memenangi pertemuan pada Piala Dunia 2014, menerusi kemenangan penentuan penalti – pada peringkat separuh akhir.

Ketika itu Louis Van Gaal adalah pengendali Belanda sebelum dia melepaskan jawatannya untuk menyertai Manchester United.

Ditanya tentang perlawanan menentang Argentina, dan rekod tidak meyakinkan Belanda dalam aksi kalah mati, Van Gaal berkata, mereka kini dalam proses kalahkan Argentina dan kemudian akan berhadapan dengan Brazil.

Dengan itu orang akan lupa tentang badi atau rekod buruk di peringkat kalah mati.

“Kita akan kalahkan Argentina dan akan bertemu Brazil. Jadi itu tidak penting.”

Sebagai tambahan, Van Gaal mengesahkan pasukannya sudah berlatih penalti, bagi berdepan kemungkinan perlawanan akan dilanjutkan ke penentuan penalti sekali lagi.

Sebelum ini Van Gaal menyatakan sasaran utamanya adalah untuk menjadi juara dunia bersama Belanda.

Menurutnya, tiada sebab untuk tidak bermimpi menjadi juara dunia apabila sudah layak ke pentas pusingan akhir Piala Dunia.

Belanda dianggap antara negara yang malang tidak pernah memenangi Piala Dunia di dalam sejarah bola sepak mereka. Ini kerana mereka pernah hadir ke Piala Dunia sebagai pasukan kuat dalam beberapa edisi sebelum ini.

Belanda adalah negara yang merevolusikan bola sepak dengan gaya total football.