Virgil van Dijk kini berdepan dengan hukuman berat atas kesalahan berkelakuan biadap dengan pegawai perlawanan atau pengadil.

Baca Juga:

Van Dijk menerima kad merah minit ke-28 pada aksi menentang Newcastle selepas menjatuhkan Alexander Isak ketika pasukan tuan rumah sudah mendahului 1-0 menerusi jaringan Anthony Gordon.

Pemain pertahanan itu dilayangkan kad merah terus kerana kesalahan faul profesional, dan FA telah mengumumkan bahawa dia juga telah didakwa kerana bertindak dengan “cara yang tidak wajar”, yang boleh membawa hukuman lebih berat,

Van Dijk ketika itu membantah kad merah ke atasnya dengan mendakwadia memenangi bola, manakala pengadil membuat kesimpulan bahawa Isak dijatuhkan secara tidak sah.

Pengadil melayangkan kad merah terus kepada pemain pertahanan Belanda itu.

Kesalahan profesional di sini merujuk kepada tatical foul yang digunakan pemain untuk menganggu permainan lawan pada fasa serangan yang menjanjikan gol.

Van Dijk kini boleh menghadapi hukuman tambahan, termasuk denda atau tambahan tempoh penggantungannya, kerana FA melaporkan bahawa dia didakwa menggunakan “kata-kata kesat dan/atau menghina” pengadil.

“Virgil van Dijk telah didakwa melanggar peraturan FA E3.1 pada perlawanan Liga Perdana Ingggeris antara Liverpool menentang Newcastle United pada Ahad, 27 Ogos,” tulis FA.

“Pemain pertahanan itu bertindak dengan cara yang tidak wajar dan/atau menggunakan kata-kata kesat dan/atau menghina terhadap pegawai perlawanan selepas dibuang padang pada minit ke-29.”

Van Dijk akan terlepas perlawanan liga seterusnya Liverpool, menentang Aston Villa pada 3 September, kerana penggantungan akibat kad merahnya. Hukuman selanjutnya bakal menyusul.

Walaupun ketinggalan 10 pemain, dua gol lewat sensasi daripada pemain gantian Darwin Nunez memastikan Liverpool memperoleh tiga mata.