Denmark mengejutkan Perancis dalam aksi Liga Negara Negara Eropah di Stade de France. Perlawanan pertama dianjurkan di situ selepas penganjuran UCL yang penuh dengan kontroversi oleh penganjur.
Benzema menjaringkan gol yang cantik untuk meletakkan Perancis di hadapan hanya selepas 6 minit separuh masa kedua bersambung.
Namun pemain gantian yang juga penyerang Trabzonspor, Cornelius mengubah kedudukan dengan 2 gol untuk memberikan kemenangan kepada Denmark ke atas juara dunia itu.
Perancis yang turut menurunkan pasukan serba bintang mereka, melakukan 19 percubaan ke arah gawang lawan mereka berbanding hanya 8.
Bek tengah Manchester United, Varane dan Kylian Mbappe terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.
Varane igantikan oleh William Saliba. Manakala Mbappe digantikan Nkunku
Christopher Nkunku – pemain RB Leipzig itu – memainkan peranan penting untuk gol Benzema.
Benzema menandakan penampilan ke-95 untuk negaranya dengan gol yang cantik.
Real Madrid—44 ⚽
France—6 ⚽Karim Benzema hits 50 goals for the season 😤 pic.twitter.com/p3GhmzoVzZ
— B/R Football (@brfootball) June 3, 2022
Cornelius yang baru sahaja masuk pada minit ke-60 terus menjaringkan gol pada minit ke-68 perlawanan. Menyempurnakan assist daripada sentuhan pertama oleh Pierre-Emile Hojberg.
Lloris berjaya menafikan percubaan Andreas Skov Olsen.
Eriksen kemudian berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-86, namun dinafikan bekas kaptennya di Spurs iaitu Lloris.
Denmark akhirnya menjadi pemenang apabila Cornelius mengatasi perangkap ofsaid dan berlari melepasi Saliba untuk menewaskan Lloris dari sudut sukar.
Keputusan ini adalah satu amaran kepada Perancis yang akan beraksi dalam kumpulan yang sama dengan Denmark dalam Piala Dunia 2022 pada akhir tahun ini.
🇩🇰 Andreas Cornelius equalises for Denmark in Saint-Denis… 💪#NationsLeague pic.twitter.com/7myVu3UJC8
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 3, 2022
Dalam satu lagi aksi dalam kumpulan yang sama, Croatia dikejutkan oleh Austria dengan kekalahan 0-3. Di mana Arnautovic, Gregoritsch dan Sabitzer menjadi penjaring gol.
Aksi seterusnya Perancis akan berdepan Croatia dan Denmark akan berdepan Austria.
Dalam satu lagi aksi tumpuan dari kumpulan A4, Belanda menewaskan Belgium 4-1.