Pasukan kebangsaan England membuka Liga Negara-Negara UEFA 2022-2023 dengan permulaan yang buruk menentang Hungary.
Beraksi di Puskasn Arena, England kalah di tangan Hungary. Sebelum sepak mula pemain pemain England berlutut dan diejek oleh penyokong di dalam stadium.
Hungary forced to play game behind closed doors due to fan racism, let in 30,000+ under 14s, who boo England players taking the knee pic.twitter.com/jt652RE310
— Sam Cunningham (@samcunningham) June 4, 2022
Seperti dijangka, skuad Gareth Southgate mendominasi perlawanan menerusi penguasaan bola sebanyak 58 peratus.
Dari segi mencipta peluang, kedua-dua pasukan hampir setara. England membuat 12 percubaan, manakala Hungary membuat 10 percubaan untuk menjaringkan gol.
Walaupun menguasai permainan, England buntu dan tumpul di hadapan gol meskipun mereka menghadirkan ancaman awal dari Harry Kane seawal minit ketiga.
Kane melakukan rembatan dari sebelah kiri yang tidak tepat.
Jarrod Bowen kemudian menguji pintu gol Hungary dengan sepakan voli pada minit ke-11. Bagaimanapun, rembatannya lemah dan mudah diselamatkan oleh Peter Gulacsi.
Ketika England terus berusaha menyerang, Hungary hampir mencuri gol apabila berlaku pertembungan antara Dominik Szoboszlai dan penjaga gol Jordan Pickford.
Pertembungan dua pemain itu membuatkan bola bergolek ke arah garisan gol England, kemudian Conor Coady segera mengeluarkan bola.
Hungary datang lagi ke kawasan gol England pada minit ke-29, kali ini menerusi Zsolt Nagy. Namun percubaan jarak jauhnya tidak dapat menewaskan Pickford.
Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.
Memasuki separuh masa kedua, tepat pada minit ke-66, Hungary membuatkan England tergamam menerusi jaringan penalti.
Pengadil Artur Soares Dias menunjuk titik penalti selepas Reece James yang baru dimasukkan telah melakukan kekasaran terhadap Zsolt Nagy dalam kotak penalti.
Pemain pemain England dan peminat mereka di media sosial mempertikaikan penalti itu yang dianggap terlalu lembut.
Dominik Szoboszlai telah membuatkan Pickford melayangkan bola ke arah salah.
England kemudian menggandakan asakan mereka. Namun ketumpulan mereka terus menghantui diri.
England terlepas peluang terbaik mereka untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-71 selepas Bowen gagal menyempurnakan peluang keemasan di hadapan gawang.
Gulasci kemudian menafikan percubaan jarak dekat Harry Kane pada babak akhir perlawanan. Tamat perlawanan, Hungary 1 England 0.
Hungary kini berada di tangga teratas kumpulan A3 selepas Itali dan Jerman seri 1-1 dalam satu lagi perlawanan.