Ultras Fiorentina telah mengeluarkan kenyataan panjang lebar yang mengkritik pedas Dusan Vlahovic, Presiden Rocco Commisso dan pengarah Joe Barone.
Mereka menganggap presiden kelab telah bersekongkol dengan iblis sebenar dalam bola sepak Itali, merujuk kepada Juventus. Di mana sebelum ini Juventus terkenal dengan skandal calciopoli, yang menggunakan gaya mafia untuk menguasai bola sepak Itali.
Seterusnya, Juventus melakukan banyak sekali kesalahan FFP namun tidak dihukum dan masih bebas seperti biasa.
Urusan penjualan Dusan Vlahovic itu sudah pun selesai, pada hari lahir ke-22 penyerang itu, dengan harga €70 juta ditambah sehingga €10 juta bonus berkaitan prestasi. Ianya adalah angka yang diminta Viola.
Vlahovic menolak sebarang rundingan dari kelab lain terutama sekali dari Arsenal yang dari awal jendela perpindahan kali ini sudah berusaha mendapatkan pemain itu. Seterusnya Vlahovic turut tidak berminat dengan Tottenham Hotspur, Newcastle United dan banyak lagi, kerana dia hanya mahukan Juventus.
Setelah enggan menandatangani kontrak baharu, dia meminta Fiorentina untuk menerima tawaran Juventus. Tetapi peminat yang mewakili kumpulan Curva Fiesole mengeluarkan kenyataan yang menyelar semua yang terlibat dalam keseluruhan situasi itu.
“Jadi macam biasa, seorang lagi lelaki kecil tanpa telur, tanpa maruah diri dan tanpa rasa hormat yang pergi ke kelab tanpa identiti atau rasa kepunyaan oleh peminatnya,” kata surat terbuka ultras itu.
“Satu lagi pemilikan kelab, selepas menyatakan cintanya kepada komuniti Viola, melakukan apa yang dilakukan oleh semua mereka yang terdahulu: menjual pemain terbaik kita kepada musuh tradisi kita. Kita tidak lagi terkejut dengan apa-apa dan pastinya tidak perlu menarik rambut kita apabila kehilangan seorang lagi pelawak.”
Kenyataan itu disasarkan kepada Presiden Commisso, selepas sepanduk muncul di Ponte Vecchio semalam yang menggambarkan penaung kelab itu sebagai watak Joker daripada Batman.
Commisso dalam beberapa temu bual sebelum ini menyerang Juventus dan Inter kerana isu Financial Fair Play. Dia mempersoalkan kenapa FFP berlembut dengan Juve dan Inter yang ada hutang berlambak dan pembayaran gaji pemain tertangguh.
Dia juga mempersoalkan kenapa kelab itu terus dilayan seperti tiada apa apa berlaku sedangkan mereka mengalami kerugian sangat tinggi. Lantas mereka merasakan bahawa presiden sudah termakan dengan pujukan beberapa orang dalam pengurusan kelab untuk memikirkan soal wang berbanding maruah.
“Presiden yang dihormati, apa yang mereka telah beritahu kamu untuk meyakinkan kamu untuk melakukan perkara sedemikian?”
#Fiorentina ultras have released a lengthy statement bitterly criticising ‘coward’ Dusan Vlahovic, President Rocco Commisso and director Joe Barone. ‘You do deals with the ultimate evil that until the other day you fought against.’ https://t.co/HzCgF04eKt #Juventus #Calcio
— Football Italia (@footballitalia) January 29, 2022
“Kamu adalah orang yang berada di hospital Meyer, yang telah memberitahu seorang kanak-kanak di sana bahawa kamu tidak akan menjual lagi pemain kita kepada Juventus.”
“Tahniah Barone, yang pastinya menjadi orang yang berjaya meyakinkan dan memberitahu kamu tentang operasi kelab dan memberitahu kamu cara untuk mendapatkan wang, namun sekarang ini ianya membuatkan kamu dah hilang maruah kamu di seluruh bandar ini.”
“Bagaimana mungkin kamu memutuskan untuk melakukan perjanjian dengan kejahatan muktamad yang sebelum ini kamu lawan? Kami fikir, dengan bangga, kami telah meninggalkan tempoh gelap penjualan seperti ini untuk keuntungan dan berurusan dengan mereka yang tidak akan dinamakan. Namun sekarang kita kembali semula ke dalam kegelapan itu.”
“Kota yang telah menerima sepenuhnya pertempuran kamu [merujuk kepada penentangan presiden ke atas Juve dan Inter sebelum ini] dan akan terus memeluk kamu pada masa hadapan, tetapi kini kota ini berasa ditinggalkan dan dikhianati.”
Kenyataan itu turut menyebut ‘parut yang tidak pernah sembuh,’ kerana perseteruan panas dengan Juve juga berbalik kepada penjualan Roberto Baggio, kemudian berlaku semula dengan penjualan Federico Chiesa.
Roberto Baggio pernah menyatakan bahawa beliau dipaksa untuk berpindah pada ketika itu. Walaupun beliau tidak mahu.
Curva Fiesole menjelaskan bahawa mereka bukan pihak yang berada di sebalik sepanduk Joker dan tidak mempersetujuinya, sebaliknya menyalahkan mereka yang ‘meyakinkan’ Commisso untuk menjual Vlahovic kepada Juventus.
“Kami tidak bersedia untuk melihat semangat kami dipijak, kerana orang pasaran perpindahan anda nampaknya tidak mewakili cara kamu dalam perjuangan ini bersama kami. Kami dengan penuh resah menanti ketibaan kamu, Presiden, kerana seluruh bandar perlu faham.”
“Mesej terakhir kami adalah untuk skuad. Kamu telah membuktikan bahawa kamu mempunyai keberanian, kami bersama kamu.”
“Lebih banyak pertempuran akan menanti kita dan mudah-mudahan kita akan membuatkan ada penyesalan bagi mereka yang pergi pada waktu malam seperti pengecut.”