Liverpool berada di ambang final Liga Juara-Juara Eropah ketiga dalam lima musim selepas mengatasi tentangan Villarreal untuk memenangi perlawanan pertama separuh akhir.
Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 di Anfield pada hari Rabu.
Dua gol dalam masa dua minit menghancurkan taktikal permainan bertahan pengurus Villarreal, Unai Emery apabila Pervis Estuppinan menepis hantaran lintang Jordan Henderson ke gawangnya sendiri sebelum Sadio Mane menjaringkan gol kedua.
The Reds kekal di landasan untuk empat trofi, Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga (sudah dimenangi) yang belum pernah terjadi sebelumnya.
πΎπ πππ ππππ ππ π ππππππ πΊππππππππ
π Liverpool@LFC π #Villarreal #UCL pic.twitter.com/9qm2K1cdwg
— Villarreal CF (@VillarrealCF) April 27, 2022
Villarreal bagaimanapun masih berpeluang menghampakan kempen Liverpool pada miggu hadapan.
3,000 orang penyokong Villarreal hadir ke Anfield dan memberikan sokongan sangat padu.
Mungkin aksi kali ini tidak sama dengan aksi lebih terbuka di antara Manchester City dan Real Madrid sebelum ini. Kerana Unai Emery mengarahkan pemain pemainnya mengekalkan corak permainan yang mereka gunakan untuk menyingkirkan Bayern Munich iaitu dengan bertahan dan serangan balas.
Namun kali ini skuad Unai Emery itu hampir tidak dapat mengusik Liverpool langsung kerana lawan mereka lebih baik dalam mengekang serangan balas dan lebih tajam di hadapan gol.
The Reds kini telah menjaringkan 135 gol musim ini, tetapi masih diikat tanpa jaringan dalam 45 minit pertama yang mengecewakan.
Mane menanduk liar hantaran lintang Mohamed Salah dengan itu merupakan peluang terbaik untuk jaringan pembukaan.
Pemain asal Senegal itu juga menyaksikan percubaannya gagal menepati sasaran dan penjaga gol Villarreal Geronimo Rulli terus tidak dapat dihukum.
Satu lagi percubaan jarak jauh adalah yang paling hampir dengan Liverpool memecah kebuntuan sebelum rehat apabila rembatan deras Thiago Alcantara terkena tiang.
Juara Eropah enam kali itu memulakan separuh masa kedua dengan tempo yang lebih tinggi dan dengan pantas mula memecahkan barisan belakang Villarreal.
Gol Fabinho telah dibatalkan kerana ofsaid. Namun ianya menjadi elemen penting dalam memberitahu lawan mereka bahawa Liverpool boleh menjaringkan gol walaupun Villarreal meletakkan seberapa ramai mungkin pemain di hadapan penjaga gol.
Beberapa saat kemudian, Anfield bergema dengan sorakan apabila Rulli lemas dengan percubaan Henderson yang melencong. Rulli gagal membaca bola itu kerana ternyata ianya terbias pada Pervis Estupinan. Ia disahkan sebagai jaringan sendiri.
Mohamed Salah kemudian arkitek gol kedua Liverpool dengan hantaran sempurna untuk Mane menewaskan Rulli pada minit ke-55.
7 – Mohamed Salahβs assist for Sadio ManΓ© was the seventh time the pair have combined for a goal in the UEFA Champions League; the joint-most of any duo for English teams in the competition, equalling Wayne Rooney & Ryan Giggs and Mohamed Salah & Roberto Firmino. Synergy. pic.twitter.com/H5XspGtE7p
— OptaJoe (@OptaJoe) April 27, 2022
Bendera ofsaid menyelamatkan Villarreal sekali lagi untuk menafikan serangan Andy Robertson.
Unai Emery sebelum perlawanan telah dipuji oleh Klopp sebagai “raja piala” kerana rekod menakjubkan Liga Europanya.
Di mana salah satu daripada empat trofi UEL dalam pertandingan itu dimenanginya ketika bersama Sevilla, menentang Jurgen Klopp pada musim pertamanya di Liverpool pada 2016.
Bagaimanapun, Liverpool kini adalah pasukan yang berbeza.