UEFA menjadikan alasan bahawa masalah pada perisian telah menjejaskan undian UCL peringkat 16 akhir pada musim 2021/22.
Undian awal menyaksikan pertemuan klasik di antara Messi dan Ronaldo sudah membuatkan ramai teruja. Ini apabila Manchester United diundi menentang PSG.
Malangnya undian semula terpaksa dibuat kerana berlaku masalah teknikal dalam undian.
UEFA dalam kenyataannya berkata isu ini adalah masalah teknikal perisian oleh pembekal perkhidmatan dari luar. Oleh sebab itu undian dikira batal dan harus diadakan semula.
Following a technical problem with the software of an external service provider that instructs the officials as to which teams are eligible to play each other, a material error occurred in the draw for the UEFA Champions League Round of 16.
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) December 13, 2021
Antara kesilapan yang berlaku adalah mengundi Manchester United menentang Villarreal sedangkan kedua dua pasukan adalah dari kumpulan yang sama.
Your #UCLdraw in full 😍 pic.twitter.com/r9drouRGvp
— GOAL (@goal) December 13, 2021
Seterusnya UEFA gagal menyertakan bola undian Manchester United untuk pasukan yang bakal berlawan dengan Atletico Madrid.
Atletico kemudian diundi menentang Bayern Munich. Manchester United pula diundi menentang PSG.
Atletico mengemukakan bantahan rasmi kepada UEFA.
We are in talks with UEFA to ask for explanations and a solution after the mistakes made in the Champions League round of 16 draw.
— Atlético de Madrid (@atletienglish) December 13, 2021
Villarreal kemudian menyatakan bahawa mereka bersetuju agar undian semula dibuat bagi menjaga intergriti pertandingan.
Undian rasmi akan dibuat tidak lama lagi. Jadi sama sama kita tunggu perlawanan rasmi pada peringkat 16 akhir.