Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dijangka mengambil langkah berbeza dalam usaha untuk menarik minat lebih ramai penyokong yang berada di luar benua tersebut.
Baca Juga:
- UCL 2022/23: Real Madrid Mudah Humban Chelsea Keluar Saingan
- Chelsea Ingatkan Pemain Akan Dipotong Gaji 30% Jika Gagal Ke UCL
- RASMI: UEFA Mansuhkan Sistem Gol Tempat Lawan Serta Merta
Hal ini kerana Presiden UEFA, Aleksander Ceferin dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membawa aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di luar Eropah.
Destinasi yang dilihat sesuai oleh Ceferin ialah Amerika Syarikat kerana melihatkan kepada sambutan hangat para peminat bola sepak dari negara ‘Uncle Sam’ itu.
Perkembangan terkini mengenai perkara tersebut disahkan oleh Ceferin menurut sumber laporan dikeluarkan talkSport.
“Bola sepak sangat popular di Amerika Syarikat pada ketika ini,” ujar Ceferin.
“Ada kemungkinan [perlawanan diadakan di luar Eropah]. Kami mula membincangkan tentang perkara itu, tetapi kemudian satu tahun ia adalah Piala Dunia, 2024 pula adalah Euro.”
“Tahun ini [final UCL] diadakan di Istanbul, edisi 2024 di London manakala 2025 pula Munich dan selepas itu kita akan lihat bagaimana. Ia mungkin terjadi.”
“Rakyat Amerika sanggup untuk mengeluarkan amaun besar untuk aksi yang terbaik. Jadi, mereka akan mengikuti bola sepak Eropah sepertimana pencinta bola keranjang di Eropah mengikuti NBA.”
“Ia merupakan pasaran yang sangat menggalakkan untuk masa hadapan. Kami menjual hak penyiaran dengan baik.”
“Penajaan juga begitu-begitu sahaja buat masa ini di AS tetapi di sini nilai komersial adalah berbeza sama sekali berbanding di Eropah. Mereka jauh lebih berbakat untuk perkara tersebut berbanding kami.”
“Apa yang mengejutkan saya sebenarnya ialah perlawanan akhir Euro [2020] kami, perlawanan akhir pasukan kebangsaan Eropah, ditonton oleh lebih ramai orang di Amerika Syarikat berbanding Final NBA,” tambah Ceferin lagi.