Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag kritik pertahanan pasukankannya yang melakukan beberapa kesilapan mudah ketika menentang Bayern Munich.

Man United kalah 4-3 dalam aksi pembukaan Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Andre Onana gagal menyelamatkan percubaan Leroy Sane yang sudah menuju ke arah tangannya. Kemudian pertahanan United telah memberikan ruang yang besar kepada Gnabry pada gol kedua.

Namun begitu Erik Ten Hag enggan menyalahkan Andre Onana 100% dalam kekalahan kali ini. Dan Ten Hag terbuka kritik cara pasukan United bertahan.

Ten Hag kemudian tidak berselindung dan kritik mutu pertahanan pasukannya dengan berkata: “Apabila kamu berjaya menembusi gawang Bayern Munich 3 kali dan sekurang kurangnya kami boleh meraih 1 mata.”

“Dan kami harus melihat diri sendiri pada cermin kerana bolos yang kami lepaskan gol gol mudah.”

“Kami, dalam 25 minit pertama, lebih baik dalam permainan daripada Munich dan kemudian gol itu, ia sangat mudah dan ia bukan sahaja [kesilapan] Andre.”

“Jika anda melihat betapa mudahnya Sane melalui pertahanan kami dan ia ada kaitan dengan keazaman, anda tidak akan membiarkan pemain melalui begitu mudah.”

Dia menuntut pemainnya menunjukkan lebih banyak kesanggupan untuk ‘berkorban dan menderita’ selepas empat kekalahan dalam enam perlawanan.

Ten Hag berkata: “Itulah isu dia – kita perlu melepasi had garisan sebagai individu dan sebagai satu pasukan untuk memenangi perlawanan kerana ia bermula di sana.”

“Itulah yang saya maksudkan, anda perlu menderita, berkorban dalam banyak situasi, untuk memberikan segala-galanya dan untuk menghentikannya dan hanya apabila kami ada semua itu barulah kami akan memenangi perlawanan.”

“Sudah tentu, dia [Onana] tahu dia perlu menghentikan bola tetapi cara Sane datang tidak boleh dibiarkan sama sekali. Dan gol kedua; ia hampir serupa di sisi lain. Betapa mudahnya pemain datang melalui kotak kami dan untuk menyelesaikannya, ia tidak boleh dilakukan.”