Manchester City mengalahkan Real Madrid dalam duel separuh akhir pertama Liga Juara-Juara 2021/22 dalam aksi thriller 7 gol kesemuanya terhasil daripada kedua dua pasukan.
Beraksi di Stadium Etihad, perlawanan berlangsung sengit seperti yang diramalkan – walaupun pada awalnya Real Madrid memberikan City peluang untuk mendominasi mereka.
Aksi berbalas serangan berlangsung sepanjang perlawanan.
Separuh masa pertama
Manchester City segera menggunakan pendekatan menyerang sebaik permainan bermula. Tidak sampai dua minit, De Bruyne menggegarkan jaring Real Madrid yang dikawal Thibaut Courtois.
Kredit kepada Riyad Mahrez yang meneruskan prestasi cemerlangnya apabila dia melakukan hantaran dengan visi tinggi kepada De Bruyne untuk gol tersebut
Kevin De Bruyne has scored 12 #UCL goals:
⚽️ QF vs PSG
⚽️ QF vs PSG
⚽️ R16 vs Real Madrid
⚽️ QF vs Lyon
⚽️ R16 vs Gladbach
⚽️ QF vs Dortmund
⚽️ SF vs PSG
⚽️ QF vs Atlético
⚽️ SF vs Real MadridNine of them have been in the knockout stages. 😤 pic.twitter.com/pw0hER5ooh
— William Hill (@WilliamHill) April 26, 2022
Pada minit ke-11, Man City menggandakan kelebihan gol mereka. Kali ini hantaran silang De Bruyne dari kiri disambar oleh Gabriel Jesus.
Dua gol pantas itu meletakkan Real Madrid memerlukan kebangkitan sekali lagi seperti mana aksi suku akhir terdahulu bertemu Chelsea.
Minit ke-26, Mahrez mempersia siakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol ketiga dan tidak menghantar kepada rakannya, di mana dia memilih melakukan terus percubaan.
Real Madrid perlahan lahan mulai mendapatkan rentak mereka.
Minit ke-33, Madrid berjaya mengurangkan defisif gol. Serangan pantas Los Blancis disudahkan oleh Benzema di dalam kotak penalti. Ini untuk memastikan Real Madrid masuk ke bilik persalinan dengan skor 2-1 di belakang City dengan permainan kembali terbuka.
Separuh masa kedua
Perlawanan disambung semula pada tempo yang sama. Man City sekali lagi segera bermula dengan tempo tinggi.
Pada minit ke-48, dua rembatan pemain Man City – Mahrez dan Foden – masing masing terkena tiang dan badan pemain pertahanan lawan.
Minit ke-53, Man City menemui gol ketiga apabila Foden menyempurnakan peluang yang dimilikinya.
Minit ke-55, Madrid segera membalas gol tersebut. Kesilapan Fernandinho, membolehkan Vinicius melarikan diri di sebelah kiri dan memperdayakan beberapa pemain pertahanan City serta dan Ederson.
Manchester City kemudian bermain dengan tidak terlalu agresif. Tetapi mereka tetap berjaya menemui gol keempat menerusi Bernardo Silva pada minit ke-74 untuk menjadikan kedudukan 4-2.
Enam minit kemudian, Benzema sekali lagi menjadi watak penting Real Madrid dalam memastikan defisit gol dikurangkan kepada 1. Ianya selepas Real Madrid diberikan sepakan penalti.
Benzema dengan tenang melakukan panenka untuk menjadikan kedudukan 4-3. Tiada tambahan gol dilakukan selepas itu.
Karim Benzema this season:
🏟 41 Games
⚽️ 41 Goals
🅰️ 13 AssistsBallon d'Or ⏳ pic.twitter.com/j3IKl6FwYb
— MadridistaTV (@madridistatvYT) April 26, 2022
Real Madrid memerlukan kebangkitan di Bernabeu selepas ini. Sementara Man City berusaha untuk memastikan mereka mara ke final buat kali kedua berturut turut selepas musim lalu tewas di final di tangan Chelsea.
7 – Man City 4-3 Real Madrid is the joint-highest scoring ever Champions League semi-final, along with Ajax 5-2 Bayern Munich (April 1995) and Liverpool 5-2 Roma (April 2018). Breathless. pic.twitter.com/AqUWHzY59A
— OptaJoe (@OptaJoe) April 26, 2022
Saksikan rangkuman aksi di sini: