Pengurus AC Milan menganggap kempen UCL mereka kali ini memang sudah dijangka akan sukar dan pada masa yang sama berharap para pemain telah menimba pengalaman berharga untuk digunakan pada masa akan datang.

Selain itu Stefano Pioli turut mengakui bahawa AC Milan harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal mara ke kalah mati. Malah turut gagal ke slot Europa yang menjadi milik FC Porto.

Dalam aksi berdepan Liverpool, hanya kemenangan dan berharap keputusan dalam perlawanan satu lagi akan membantu mereka untuk mara. Kemenangan juga akan menjamin kedudukan mereka di slot UEL.

Tetapi itu tak berlaku. Milan malah kalah 1-2 di tangan Liverpool. Milan hadir ke perlawanan ini dengan prestasi cemerlang di Serie A.

Merek turut memulakan perlawanan ini dengan sangat baik apabila mendahului menerusi gol tandukan Fikayo Tomori.

Namun, Liverpool kemudian bangkit dengan mencetak dua gol, masing-masing menerusi Mohamed Salah dan Divock Origi. Kedua dua gol itu adalah daripada bola kedua.

Pioli menganggap anak anak buahnya tidak cukup bagus dalam menangani Liga Juara Juara Eropah kali ini kerana pengalaman yang kurang. Ini selepas Rossoneri tidak beraksi dalam UCL selamaa 7 tahun lamanya.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Pioli berkata: “Kami sedar kumpulan ini sangat sukar. Dan begitu juga aksi malam ini. Malangnya kami tidak dapat mengekalkan tempo dalam permainan yang berintensiti cukup tinggi.”

“Kemudian, kami melakukan terlalu banyak kesilapan. Sememangnya kami merasa kesal kerana kami rasa kami berhak mendapat lebih baik daripada kempen ini terutama sekali selepas aksi berdepan Atletico Madrid dan Porto di sini [San Siro].”

“Namun perkara perkara tersebut boleh terjadi pada tahap ini untuk skuad yang tidak berpengalaman,”

“Kami telah melihat jenis lawan yang ada di Eropah, kualiti dan fokus yang diperlukan, jadi kami akan belajar daripadanya.”

“Kami mahu terus kekal di eropah [namun gagal], dan pada masa yang sama kami menjadikan kempen musim ini satu pembelajaran daripada pengalaman dan berharap terus memperbaiki diri kami.”

“Kegagalan ini juga akan memarakkan lagi api semangat kami dalam saingan liga.”