Satu ucapan penuh dengan kata kata semangat daripada Lionel Messi pada hari final Copa America 2021 telah didedahkan sebagai sebahagian promosi dokumentari khas.
Baca Juga:
- Messi Bakal Sertai Inter Miami, Milik David Beckham
- Copa America 2021: Jaringan Tunggal Di Maria Akhiri Penantian Juara Argentina
- Messi Tak Tersenarai Dalam Perebutan Ballon D’Or, Ronaldo Pula ‘Lepas’
Selepas mengalami beberapa kegagalan, termasuk tiga kekalahan final dalam tempoh tiga tahun, bintang Paris Saint-Germain itu akhirnya mencapai matlamat bola sepaknya bersama Argentina.
Messi dan Argentina menewaskan Brazil di Stadium Maracana yang ikonik untuk memenangi Copa America 2021, Angel Di Maria menjaringkan gol tunggal perlawanan itu.
Messi menyatakan bahawa kejayaan menjulang trofi bersama dengan Argentina akan sentiasa berada di atas segala pencapaiannya bersama kelab terutama sekali dengan Barcelona.
Sebaik wisel penamat ditiup oleh pengadil malam itu di Rio, rakan sepasukan Messi berlari untuk memeluknya, kerana mereka semua tahu betapa bermakna kemenangan itu baginya.
Legenda Barcelona itu mengetuai kempen luar biasa negaranya pada Copa America 2021. Dia menjaringkan empat gol dan lima lagi bantuan gol pada kejohanan itu, angka yang menyaksikan dia memenangi anugerah Bola Emas yang berprestij.
Selain daripada aksi luar biasa di atas padang, Messi juga menjadi watak yang benar benar penting di bilik persalinan pasukannya. Ianya dipaparkan dalam dokumentari Netflix yang terbaru.
Ucapan Messi penuh motivasi
Dalam klip video pendek daripada dokumen itu, yang dinamakan ‘Champions of America’ yang akan ditayangkan pada 3 Disember, ucapan Messi di bilik persalinan sebelum perlawanan akhir Copa America menentang Brazil telah ditunjukkan kepada peminat sepenuhnya.
Angel Di Maria tidak pernah melihat Messi sebegitu sepanjang bersama dengan pemain itu di pasukan kebangsaan. Dan dia menyifatkan ucapan Messi pada final Copa America 2021 itu sebagai ‘gila sekali’.
Ucapan Messi pada final Copa America itu benar benar ikonik dan sangat bermotivasi daripada seorang kapten. Ia juga menunjukkan sisi yang sama sekali berbeza dengan Messi, yang dikenali dengan sosok pendiam dan seringkali dianggap tidak cukup bagus menjadi pemimpin.
Apa yang Messi katakan kepada rakan sepasukannya di bilik persalinan?
Messi berkata: “Terima kasih semua. Terima kasih banyak untuk 45 hari ini. Saya memberitahu anda pada hari lahir saya, kita telah membentuk kumpulan yang cantik dan saya sangat menikmatinya.”
“Empat puluh lima hari di mana kita mengembara, makan, dikurung di hotel tanpa mengeluh langsung.”
“Empat puluh lima hari tidak berjumpa dengan keluarga kita. Dibu [Emi Martinez] mempunyai seorang anak perempuan yang baru lahir dan walaupun dia tidak dapat melihatnya, dia tidak dapat memegangnya dalam pelukannya.”
“Chino juga mempunyai seorang anak lelaki dan dia hanya dapat berjumpa dengannya seketika.”
“Semua untuk apa? Untuk saat ini. Kerana kita mempunyai matlamat dan kami sangat hampir untuk mencapainya. Dan anda tahu apa yang terbaik dari semua ini? Bahawa semua ini bergantung kepada kita.
“Itulah sebabnya kita akan keluar ke padang, dan kita akan menjulang piala itu. Kita akan membawanya pulang ke Argentina untuk menikmatinya bersama keluarga dan rakan-rakan kita dan dengan mereka yang sentiasa menyokong kita.”
“Akhir sekali, semua ini tidak ada yang kebetulan kawan. Piala ini sepatutnya dimainkan di Argentina tetapi Tuhan menghendaki ia dimainkan di Brazil, supaya kita boleh memenanginya di Maracana dan menjadikannya lebih indah untuk kita semua membawanya pulang ke Argentina.”
“Jadi pergi ke padang dengan yakin dan tenang, kami akan membawa pulang piala ini.”
🎥 Lionel Messi’s speech before the Copa America final against Brazil (with English subtitles) pic.twitter.com/oYhi4NudAA
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) November 2, 2022
Messi akan menjadi ketua pasukan untuk negaranya sekali lagi untuk Piala Dunia 2022 yang akan datang. Piala Dunia yang dia sendiri akui yang terakhir untuknya. Namun Messi masih tidak memutuskan untuk bersara sepenuhnya daripada peringkat antarabangsa selepas Piala Dunia 2022.